Wednesday, December 30, 2009

Selamat menyambut tahun baru 2010

Kelab ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua ahli TERC, penyokong, penderma dan semua pihak yang bersama-sama dengan TERC...
Seperti biasa pada setiap tahun Kelab mengadakan sambutan tahun baru bersama ahli-ahli dan keluarga.. Pada tahun ini kita akan menyambut tahun baru 2010 dengan acara yang sederhana meriah di Kedai Kelab. Sehubungan itu semua ahli serta keluarga dijemput hadir di Kedai kelab pada hari Khamis 311208 bermula jam 8.30 malam. Antara program nanti ialah makan-makan, nyanyi-nyanyi selain mendengar amanat orang-orang kuat TERC... You're welcome...

Sunday, December 27, 2009

Office Renovation

Kerja-kerja membesarkan ruang pejabat Kelab

Ruang di belakang kedai ditambak dan dibesarkan sehingga ke longkang besar

Tempat yang sesuai untuk pelbagai kerja baik pulih motor...
Atau mungkin juga untuk tujuan lain nanti... We'll see...

Sedikit laporan

Ringkasan aktiviti sepanjang baki cuti sekolah yang ada...

Pada hari Khamis 171209 satu majlis doa selamat telah diadakan di Pejabat Jualan Corallite. Sdr Jeff dan isterinya Puan Jamilah merupakan agen negeri Perak bagi jualan produk air kesihatan Corralite. Kelab mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka dan kelab berasa bangga dan gembira dengan pencapaian mereka. Pihak kelab sentiasa menyokong segala usaha baik anda.

Pada hari Sabtu dan Ahad pula saya telah bercuti bersama keluarga ke Kuala Lumpur sambil menghadiri mesyuarat bekas guru-guru pelatih Maktab Perguruan Lembah Pantai.

Pada hari Ahad 201209 penunggang-penunggang Jaguh TERC telah berpeluang menyertai program ride Cub Prix pusingan akhir Pulau Pinang. (Rujuk berita sebelum ini)

Sebahagian lagi ahli yang tak dapat ke Pulau Pinang telah menyumbangkan tenaga untuk konvoy pengantin anak Sdr Azmi dari SSL Traders Hotel ke Kompleks Rakan Muda Kamunting. Ride ini diketuai oleh abang Din Boxing.

Pada hari Isnin 211209 pula ahli-ahli TERC telah meraikan kepulangan abang Din Silat dari menunaikan fardu haji. Teruja juga dengar pengalaman abang Din.

Kerja-kerja pengubahsuaian pejabat Kelab telah dimulakan pada hari Selasa 221209. (Lihat gambar) Kerja-kerja tersebut telah diserahkan kepada PakYa Kecik. Setakat ini ruang belakang kedai Kelab diperbesarkan untuk lebih selesa. Pengubahsuaian seterusnya ialah memasang awning dan dinding tambahan di ruang belakang. InsyaAllah perkembangan proses renovation pejabat ini akan dilaporkan dari semasa ke semasa.

Pada hari Jumaat 251209 jam 9.00 malam telah diadakan jamuan di rumah Yesu sempena perayaan hari Natal. Ramai juga yang hadir, maklumlah sdr Yesu sahaja sahabat kita dari kalangan bukan Melayu yang masih aktif. Mana nak cari orang macam sdr Yesu kita ni...

Selepas makan di rumah Yesu kami lepak di restoran A Rahman. Turut hadir malam itu ialah Ahli Kehormat kita, Tuan Aziz Khan, Pengarah Penjara Sandakan. Tuan Aziz sedang dalam cuti dan akan kembali ke Sandakan pada hari Sabtu. Banyak yang dibualkan malam itu. Best dapat jumpa Tuan Aziz sebab banyak pengetahuan yang dapat ditimba daripada pengalaman beliau. Paling menarik malam itu ialah maklumat tentang sistem parol yang telah dilaksanakan bermula Julai tahun ini. Harap-harap Tuan Aziz cepat-cepat posting balik ke Semenanjung.

Pada hari Sabtu 261209 pula diadakan konvoy kenduri kahwin adik kepada isteri Mat Makki di Selinsing. Konvoy bergerak membawa pengantin dari Tol Gunung Semanggul menuju ke Selinsing pada pukul 1.00 tengah hari. Tak sangka dalam sibuk-sibuk kenduri di sana-sini masih terdapat 22 riders yang menjayakan program.

Malamnya ada program ride ke Kuala Kangsar sambil menonton ghazal party dan pelawak Maidin membuat persembahan di Arena Square. Malangnya hajat kami tak sampai sebab motor salah seorang member kita putus rantai pula di pertengahan jalan.

Begitulah serba sedikit program sepanjang minggu...

“Idup TERC”, begitulah salah seorang member kita hantar sms kepada saya.... he, he… TERC hidup atas komitmen anda ahli-ahli yang setia… Kalau anda tak setia kepada Kelab macam mana nak hidup, betul tak? Sama-samalah kita berdoa semoga Kelab terus berjaya – kita harungi suka duka bersama walaupun banyak onak dan duri terpaksa ditempuhi... Benar, hidup TERC!

Monday, December 21, 2009

Sekitar Program Konvoy CubPrix PP




Inilah sebahagian gambar-gambar peristiwa sekitar program konvoy CubPrix anjuran Modenas pada hari Ahad 201209. Saya dimaklumkan setiap peserta Jaguh mendapat sumbangan sehelai baju-t, topi dan duit petrol sebanyak Rm20. Pada keseluruhannya program boleh dikatakan berjaya walaupun ada peserta yang merungut lapar sebab tak jumpa makanan sampai tengah hari... Begitulah nasib rider... Macam mana pun syabas kepada semua...

Thursday, December 17, 2009

Ride Cub Prix Pulau Pinang

Saya menerima panggilan daripada Pegawai Perhubungan MODENAS Sdr Saiful menjemput TERC untuk memeriahkan program di atas. Terima kasih kami ucapkan. InsyaAllah kami akan turut serta dan menyokong pasukan MODENAS...

Kepada pemilik-pemilik motosikal Jaguh diharap tidak melepaskan peluang ini. Konvoy dari Taiping akan berkumpul di Tol Kamunting, bertolak pukul 7.30 dan dijangka sampai di Jambatan Pulau Pinang kira-kira dalam sejam. Konvoy kita akan diketuai oleh Sdr Yesu. Harap dapat maklumkan kepada saya atau Sdr Yesu lebih awal supaya kita dapat maklumkan bilangan peserta kepada pihak penganjur.

Selamat berkonvoy kawan-kawan...

P/S Balik konvoy dalam 12.00 tengah hari, sila terus makan kenduri Sdr Azmi Hospital... Kalau sempat kita konvoy pengantin dulu dari SSL Traders Hotel ke Kompleks Rakan Muda...

Tabong Darah Kritikal

Saya mendapat pesanan ringkas daripada Tabong Darah Hospital Taiping memberitahu stok simpanan darah mereka yang semakin berkurangan. Sehubungan tu mereka minta jasa baik kita untuk menderma darah dengan segera. Memandangkan kempen derma darah kita ”Setitis Darah Merdeka” telah berlalu tiga bulan, saya rasa inilah masa yang sesuai untuk semua penderma menderma semula.

Saya telah menghubungi semua ahli yang layak untuk menderma supaya berbuat demikian. Untuk hari ini, Khamis 171209 seramai tiga orang telah bergegas ke Tabong Darah untuk menderma. Ketiga-tiga mereka ialah saya sendiri, Sdr Safri dan Sdr Mawardi. Terima kasih kepada Sdr Safri yang merupakan penderma baru. Terima kasih juga kepada Sdr Mawardi yang datang dari Batu Kurau semata-mata untuk menderma darah. Saya dengar ramai lagi yang hendak menderma tetapi tidak dapat hari ini kerana pelbagai sebab. Antaranya Sdr Jeff ada mesyuarat, Sdr Li Badang out station, Sdr Sayed, Murat dll masing-masing kerja.

Kepada yang ingin menderma darah anda boleh terus menderma pada bila-bila mengikut masa yang sesuai. Saya dimaklumkan kempen derma darah ada dijalankan dalam masa terdekat, iaitu Jumaat 181209 di Dewan Orang Ramai Batu Dua Setengah, Sabtu 191209 di Kompleks Rakan Muda, Kamunting dan Ahad 201209 di Parit Buntar. Hari-hari lain anda boleh terus ke Tabong Darah Hospital Taiping....

Selamat menderma.....

Saturday, December 12, 2009

Ride ke Selama

Ride mula agak lewat, maklumlah Sabtu banyak kenduri..
Selesaikan kenduri dulu, baru kita ride...
Sampai di Selama... Cari warung dulu...

Wajah-wajah yang sentiasa happy...
Ini dia tuan punya gerai Mi Kari Selama, Sdr Radzuan, ahli baru kita...

Dah panas pekena mi kari... Kita mandi dulu... Lata Rambung..
Kak Sofie taknok mandi ke...? Ni ahli tunggal wanita kita...

Budak ni aku campak ke ayor karang...

Bergambar di depan Petronas Selama sebelum bergerak balik...
Beritanya...
Sabtu 121209 - seramai dua belas ahli TERC telah ride ke Selama. Antara tujuan ride ini ialah sebagai memenuhi program mingguan di samping melihat kemungkinan kiranya dapat mengembang sayap ke Selama. TERC masih belum begitu berkembang ke seluruh Daerah LMS pada erti kata yang sebenarnya. Semoga program ride dekat-dekat sebegini akan dapat meningkatkan keahlian TERC seterusnya dapat memajukan lagi kelab...
Terima kasih kepada semua ahli yang telah memberikan komitmen kepada Kelab...

Wednesday, December 9, 2009

Lagi sekitar program di Pudu Hulu

Pegawai JKJR sedang memberi penerangan cara penunggangan yang selamat... Terima kasih, puan... Nanti kami bawa pelan-pelan je, 130kmh cukup le...
Pening juga nak bagi markah ni, semua motor cantik-cantik belaka...
Inilah juara keseluruhan kategori Choppers/easy riders... Bila mahu belanja?
Motor Yesu menjadi perhatian ke mana sahaja dia pergi...

Monday, December 7, 2009

Program Permotoran Pudu Hulu

Program Permotoran anjuran Alumni Belia 4B 2009 telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Disember 2009 bertempat di Padang Rekreasi Taman Pudu Hulu, Taman Shamelin Perkasa, Jalan Cheras, iaitu berhadapan dengan Bangunan ING Insurans. Program selama satu hari tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada belia-belia sekitar Lembah Kelang. Jumlah pengunjung dan peserta yang dianggarkan seribu orang telah membanjiri tapak program sejak dari pagi lagi.
Pihak TERC tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dalam acara-acara yang disediakan. Rombongan TERC yang terdiri daripada ahli-ahli hardcore telah bergerak ke Kuala Lumpur pada awal pagi Jumaat 4 Disember 2009. Mereka terdiri daripada YDP, NYDP, dua orang AJK iaitu Abang Din Boxing dan Sdr Rahman, serta Sdr Yesu, Sdr Safri dan Sdr Muin. Ramai lagi yang ingin turut serta tetapi nampaknya hajat tak sampai kerana pelbagai urusan lain.
Di sini dipaparkan sedikit rakaman peristiwa pada majlis tersebut...

Ini Hotel UPtown tempat delegasi TERC menginap.. Agak selesa, murah dan layanan memuaskan... Bolehlah datang menginap lagi...
Peserta sempat mengunjungi pasar malam down town yang popular di Lembah Kelang.. Pelbagai barangan ada, tetapi yang peliknya semakin lewat malam semakin ramai pengunjung...
Antara barisan motor yang mengambil bahagian... Kelab Belia Lejang KL dengan barisan kapcai..

Kelab Vespa Klasik, bossya PakWan, orang Kuala Kangso...

Yang ini barisan choppers/easy riders.. Walaupun bilangannya sedikit tetapi menarik perhatian

Aik, Abang Din baru nak belajor ambik lesen ke? ... Pertandingan kawalan motor

Sdr Safri mendapat sumbangan helmet baru daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya.. Free beb.. Tak rugi la datang...

Ini dia pemenang keseluruhan acara pertandingan motor cantik kategori choppers/easy riders... Sdr Yesu dengan Jaguhnya mengalahkan semua jenis choppers/easy riders walaupun yang besar-besar termasuk Vulcan, Shadow dan Harley Malaysia, dll... Tahniah...

Thursday, December 3, 2009

Program Permotoran Belia

Program permotoran Belia 4B
Seperti yang telah diuar-uarkan sebelum ini, program permotoran anjuran Kementerian Belia Dan Sukan akan berlangsung di Taman Pudu Hulu, Jalan Cheras, belakang Wisma PGRM pada hari Sabtu 051209. Ahli TERC yang dijangka akan menyertai ialah YDP, NYDP, Abang Din Boxing, Sdr Asmadi, Sdr Yesu, Sdr Awang Keri, Sdr Safri dan Cikgu Megat. Mereka akan bertolak pada pukul 8.00 pagi Jumaat dari Kedai kelab. Mungkin ada lagi beberapa orang yang akan turut serta tetapi sehingga info ini ditulis belum ada maklumat lagi. Rombongan ini akan disambut oleh Sdr Norrulmuin di RNR Sungai Buluh bersama-sama kawan-kawan riders KLnya. Sdr Muin dan Sdr Rahim Chef telah bertukar ke KL sebulan lepas. Mungkin Sdr Zaman juga akan menunggu di Sungai Buluh kalau dia tak balik bercuti.

Antara program yang dirancang pada hari Jumaat ialah cadangnya nak ronda-ronda Putrajaya pada sebelah petang. Pada malam pula nak ronda Uptown/Downtown. Keesokannya program permotoran belia tersebut akan berlangsung dari pukul 10.00 pagi dan dijangka ditutup secara rasmi oleh menteri pada kira-kira 4.00 petang.