Monday, October 3, 2011

Abang Tamin kembali Ke Rahmatullah

Kita menerima berita sedih petang tadi. Abang Tamin atau nama sebenarnya Zartamin bin Awaludin telah kembali ke Rahmatullah pada kira-kira 5 petang kerana komplikasi jantung. Allahyarham berusia 58 tahun adalah seorang pesara tentera dan menyambung khidmatnya sebagai sukarelawan Pasukan Pertahanan Awam dengan memegang pangkat Kapten. Allahyarham merupakan seorang yang sangat aktif dalam bidang yang diceburinya. Allahyarham telah menyertai kelab TERC pada 21 Mei 2009 dengan membawa lima orang sahabatnya turut menyertai kelab pada hari yang sama. Kali terakhir Allahyarham bersama Kelab ialah pada hari sambutan ulangtahun Kelab yang diadakan serentak dengan Mesyuarat Agung Tahunan TERC kali kelima pada 14 Februari 2011.


Pemergian Allahyarham sesungguhnya suatu kehilangan kepada dunia kesukarelawanan dan permotoran. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Saturday, July 9, 2011

Jom BERSIHkan motor...

Program sebenarnya ialah meraikan TM Bikers di Kolej Telekom Taiping..
Ini ada sedikit gambar kenangan..


Berkelah durian, juadah utama..
Majlis penutup program tahunan HRT Telekom KL di Kolej Telekom Taiping..


Tiga presiden - TERC, TM Bikers dan LBC..


Sdr Fishal tak lepas peuang bergambar kenangan bersama penyanyi utama kumpulan Stings yang juga ahli TM Bikers..


Cerita asal...


Hari ini ada sejarah tercipta.. Lantak ler dema..

Takde kerojer teman nak ngajak komer kempen BERSIH..
Teman nak ngajak komer jom kita bersihkan motor.. Ada program best ni.. Ater kalu motor dah kotor elok la dibersihkan..

Hari ini Sabtu, 9 Julai 2011 kita dijemput untuk meraikan TM Bikers di Institut Latihan Telekom, Jalan Lumba Kuda, Taiping.. Majlis akan diadakan pada pukul 9.00 malam. Lepas Isya kita berkumpul di depan sekolah Klian Pauh, cukup korum kita gerak.

Jom la kita ramai-ramai.. Kalu ada yang nak ke Kolumpor sila cancelkan.. Kita pun tak cukup orang dah ni.. Ustaz Khairul dengan Cikgu Bahar Teknik bawa budak silat. Madi Bendahari tak sihat terlantar di rumah. Pakteh sibuk urusan kampung. Rusli Badang dengan Khairulnizam standby 24 jam. Habis mana lagi geng kita ni?

Terima kasih kepada ahli TERC yang turut menjayakan majlis - Cikgu Bahar Teknik, Sahimi, Zaharim, Khaleelullah, Zaman, Azman DS, Bong, Fishal, Paizal, dan beberapa lagi ahli LBC..

Terima kasih juga kepada TM Bikers yang menghadiahkan peserta dengan cenderamata berupa sehelai baju-t dan headfon computer.

Terima kasih daun keladi...

Sunday, July 3, 2011

Rancangan TV1 khas untuk bikers

Mungkin ramai yang terlepas peluang menyaksikan satu rancangan khas yang ke udara setiap minggu khas untuk para bikers.

Rancangan yang dinamakan Dr. Moto itu disiarkan di TV1 setiap hari Ahad jam 6.00 petang dan dihostkan oleh Nabil Raja Lawak.

Maklumat lanjut layari http://www.chaya-la.com/exanet-m/Produksi-Filem.php

Untuk makluman ahli-ahli TERC, kita juga merupakan ahli Dr. Moto Bikers Community. Kalau ada masa sila jenguk http://www.dr-moto.com/dmbc banyak tips yang boleh dimanfaatkan di sana.

Sunday, May 8, 2011

Konvoy ke Pondok Tanjung, Ride ke Selama

Setelah agak lama menyepi, pada hari Sabtu, 7 Mei 2011 kelab telah sama-sama memeriahkan dua majlis. Majlis pertama ialah konvoy pengantin dari Kamunting ke Pondok Tanjung. Konvoy turut disertai oleh Kelab Pemilik Myvi yang dikenali sebagai Myvians Taiping telah bergerak dari depan SMK Teknik Kamunting pada jam 1200 tengah hari. Selesai menjamu selera di rumah kenduri, para bikers terus bergerak ke Selama untuk meraikan Hari Koperasi SMK Dato’ Haji Hussein.



Apa yang menariknya, program ini telah disertai 30 bikers daripada empat buah kelab, iaitu TERC sendiri, Larut Bikers Club (LBC), Darul Ridzuan Group (DRG) dan Taiping Raiders Club (TRC). Cuma apa yang diharapkan pada masa-masa akan datang ialah agar penyertaan daripada riders Jaguh lebih ramai supaya kehadiran mereka tidak tenggelam oleh motor-motor gergasi yang lain.



Para peserta kali ini nampaknya sangat gembira dan bersyukur pada Allah kerana program berjalan sangat meriah dan berjaya, ditambah pula dengan cuaca yang cerah waktu pergi dan balik. Amat jarang dapat kunpul bikers seramai ini apabila buat program pada hari Sabtu.



Sedikit foto untuk tatapan. Maaf kualiti gambar teruk sebab guna camera henset murah jer..





Para bikers berkumpul untuk mendengar Abang Amer Biker (terlindung) memberi taklimat sebelum berangkat.



Deretan motor... Punya banyak motor gergasi, Jaguh langsung tenggelam..

Best betul sekali sekala dapat ride macam ni.. Apa lagi nikmat seorang biker selain dapat ride..

Sampai rumah kenduri apa lagi, santap ler..

Pengantin diarak masuk selepas selesai sesi bergambar dekat deretan motor.. Dengar kabor nya pengantin ni cikgu ngajor kat Tengku Menteri... Eh, sekolah teman tu, ngapa teman tak tahu?

Di SMK Dato' Haji Hussein, Selama.. Para pengunjung teruja melihat motor gergasi...

Program Hari Koperasi SMK Dato' Haji Hussein. Mastermindnya Cikgu Khairul, Penolong Kanan Ko-Kurikulum yang juga ahli TERC..





TERC mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua peserta konvoy dan riders sekelian yang mengambil bahagian. Walaupun ini bukan anjuran TERC sepenuhnya namun kerjasama yang ditunjukkan menjadikan program kita tambah meriah...




Terima kasih kepada Sdr Sahimi, Presiden LBC yang menganjurkan program, PakSu Majid yang kumpul ramai riders, Abang Amer Biker selaku chef de mission dan semua riders yang tak dapat disebutkan satu persatu. Terima kasih daun keladi, kalau boleh buat lagi...

Tuesday, May 3, 2011

Restoran Mahkota Taiping kini sejarah



Saya dimaklumkan oleh Sdr Jeff yang Restoran Mahkota di Jalan Tupai, Taiping telah ditutup dengan rasminya pada 2 Mei 2011, dan kini menjadi sejarah. Restoran tersebut banyak kenangan kepada kelab TERC kerana ia antara tempat yang sering menjadi “port” ahli kelab. Antara ahli yang rajin lepak kat situ adalah Sdr Jeff sendiri, Abang Din Silat, Din Boxing, Asmadi dan Pakteh Zaini. Bikers lain pun rajin juga lepak situ. Pernah sekali Pakteh singgah situ dengan Jaguhnya apabila ternampak deretan motor-motor besar parking berderet kat situ. Mat-mat motor kat situ punyalah teruja bila tengok Pakteh sampai, depa sangka biker mana pula datang join dengan harleynya, maklumlah bunyi motor pakteh mengalahkan harley.. Sebaik Pakteh parking saja depa punya gelak sakan sebab tengok motor Jaguh jer.. Tu yang Pakteh hangat, depa tak tau aku pun ada Vulcan, kata Pakteh dalam hati. Lepas tu Pakteh pun jual Jaguhnya, murah jer, timbang kati…




Kedudukan restoran ini agak strategic dan ada ruang parking motor yang banyak. Menurut Jeff lagi pengurusan restoran tersebut akan diambil alih oleh Restoran A. Rahman yang juga antara rangkaian terbesar restoran mamak tempatan.

Agaknya sebab TERC tak aktif kot, tu pasal Restoran Mahkota tutup… Entah la.




TERC – tak kisah la kat mana pun kita nak lepak, janji TERC terus mantop…

Tuesday, April 12, 2011

Saya pun letih..


Syok juga baca blog Pakcik Remy http://remgold.blogspot.com/ pasal letih.. Memang benar..




Masuk awal tahun ni macam-macam perkara letih berlaku. Sampai sekarang pun tak habis-habis lagi.. Letih dengan kerja, letih baca politik, letih harga minyak naik, letih harga barang naik, letih kerenah boss, letih dengan telur tiruan, barang tiruan.. Macam-macam letih..




Manusia ni tak lari daripada letih.. Patut la seorang pendita pernah menyebut, sejarah manusia sejak zaman berzaman boleh ditulis ringkasnya dengan tiga perkataan saja – hidup, letih, mati.. selagi tak mati hidup anda akan penuh diselubungi letih.. Letih-letih pun kerja kena buat juga..




So, cuti sekolah bulan Jun ni jom kita lupakan sekejap letih-letih kita.. Jom kita ride ke selatan tanah air.. Tak payah la kita letih-letih nak cari sponsor.. Start motor jom ride…

Sunday, March 6, 2011

Dilema pakai kereta motor lama

Dasar automotif negara seolah-olah tidak menggalakkan kita pakai kereta atau motor lama. Tengoklah cabaran dan dugaan pemilik-pemilik kereta atau motor lama. Dah la spare part susah, premium insurance pula naik berganda-ganda. Itu belum kira pelbagai kempen dan iklan untuk orang-ramai beli kereta atau motor baru... Maklumlah, kadar interest pinjaman yang rendah dengan tempoh bayaran yang panjang... Agak-agak dapatkah kita bertahan dengan kereta atau motor lama kita...?


Saya baru selesai repair brake Honda Accord tua saya.. Dah berumur 23 tahun kereta tu, tak banyak ragam, hutang pun takde.. Tapi tu la masalahnya, susah nak dapat spare parts.. Bila tanya kedai spare parts, "haiya itu keleta manyak lama woooo..."


Lining brake belakang yang dah nipis.. Mahu tak mahu kena ganti juga..

Mujur dapat juga lining yang ori.. Tengok kotak dah berabuk pun..




Itu satu contoh dilema pemilik kenderaan lama. Semalam saya berkesempatan berjumpa dengan ahli-ahli Kelab Kereta Lama http://www.keretalama.com/ di Dataran Lake Garden, Taiping. Best juga tengok usaha mereka menghidupkan semangat memelihara dan memulihara kereta lama. Satu usaha yang harus dipuji. Boleh dikatakan mereka terdiri daripada anak-anak muda yang prihatin tentang model-model kereta lama. Syabas KKL...




Banyak juga yang sempat diperbincangkan. Antaranya usaha mereka mendapatkan alat ganti kereta lama dan mengekalkan atau meningkatkan prestasi kereta masing-masing. Begitulah gigihnya mereka memenuhi hobi mereka. Bagus kalau semangat ini ada pada semua bikers kita. Tak la asyik hantor ke cina dua beradik je...

Sebuah Toyota KE70 model DX yang telah mengalami transplant enjin..

Yang ini pula Toyota KE20 juga mempunyai nadi penggerak baru..

Best juga kalau dapat buat program bersama dengan geng depa ni...

Tuesday, February 15, 2011

Majlis Tiga Dalam Satu


TERC telah mengadakan tiga majlis serentak pada hari Isnin 14 Februari 2011; iaitu sambutan ulangtahun kelima penubuhan TERC, sambutan Maulidur Rasul dan diikuti dengan Mesyuarat Agung Tahunan TERC kali yang kelima.


Majlis tersebut telah diadakan di Restoran Asam Pedas Kamunting bermula pukul 9.00 malam. Walaupun hujan agak lebat sebelum majlis bermula kehadiran boleh dikira memberangsangkan.


Majlis tersebut telah dihadiri seramai hampir 60 peserta terdiri daripada ahli lama dan baru bersama ahli keluarga. Ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Al-fadhil Ustaz Haji Khairul Anuar bin Mohd Ali. Dalam ceramahnya, Ustaz Khairul telah menyeru ahli-ahli supaya mencontohi keperibadian Rasulullah SAW dalam menjalani sebarang aktiviti. Dalam Islam kita sememangnya digalakkan bermusafir melihat dan memerhati kebesaran Allah. Semasa bermusafir jangan lupa tanggungjawab melaksanakan ibadah terutamanya solat. Rasulullah mengajar kita bagaimana Islam memudahkan amalan solat bagi orang yang bermusafir dengan kemudahan solat jamak dan qasar. Inilah perkara yang menjadi amalan selama ini dalam kelab TERC yang perlu dikekalkan supaya setiap aktiviti mendapat berkat. Ustaz Khairul mengakhiri ucapan dengan bacaan doa.


Selepas menikmati juadah nasi bersama asam pedas ikan tenggiri, ayam tandori dan daging salai masak lemak yang istimewa pada malam itu, majlis disambung lagi dengan Mesyuarat Agung Tahunan TERC kali yang kelima. Dalam ucapan alu-aluannya, Haji Baharuddin Hashim selaku Yang DiPertua TERC berasa syukur kerana ramai ahli dapat hadir kali ini menunaikan tanggungjawab menjayakan mesyuarat agung. Beliau juga berasa bangga kerana beberapa ahli yang telah lama menghilangkan diri kini muncul kembali di dalam kelab dengan membawa bersama beberapa ahli baru. Dengan perkembangan terbaru ini diharap kelab akan bertambah maju.


Mesyuarat agung yang berakhir kira-kira jam 12.00 malam itu telah menghasilkan beberapa resolusi. Antaranya ialah pindaan perlembagaan tentang status keahlian kelab yang terbahagi kepada dua; iaitu Ahli Biasa untuk penunggang yang bermastautin dalam daerah Larut Matang dan Selama, manakala Ahli Bersekutu pula ialah yang tinggal di luar LMS. Mesyuarat juga telah memutuskan supaya barisan AJK merancang ekspedisi jarak jauh. Berkemungkinan pada tahun ini kelab akan ke Tanjung Piai, Johor.

Sunday, January 2, 2011

2011 Let's back to core business

Tahun 2010 meninggalkan kita dengan pelbagai peristiwa suka duka pahit manis.. InsyaAllah 2011 akan kita teruskan dengan pelbagai aktiviti lagi. Antaranya yang terdekat ini ialah...

29 dan 30 Januari 2011 - Kelab (Sabtu dan Ahad) akan ke Kuala Lumpur atas jemputan untuk memeriahkan satu program belia. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian. Harap rakan-rakan bersedia.

4 dan 5 Februari 2011 - Mesyuarat Agung Tahunan Kelab kali ke-5 mungkin diadakan di luar Taiping. InsyaAllah akan diadakan di Batu Feringgi (kalau tempatnya masih ada)...

Juga pertengahan bulan Februari nanti mungkin ada jemputan ke Pulau Pangkor atas jemputan YAB Menteri Besar Perak..

InsyaAllah... Terima kasih kerana terus bersama kelab...