Tuesday, September 29, 2009

Jemputan rumah terbuka Paksu Majid

Saya mendapat panggilan daripada PakSu Majid menjemput semua geng motor ke jamuan hari raya di rumahnya pada hari Selasa 6 Oktober 2009 bermula 8.00 malam sehingga 12.00 tengah malam. Sesiapa yang berkelapangan dijemput hadir. Saya dimaklumkan pada malam tersebut PakSu Majid menjemput semua geng motor kawasan utara. Jadi dijangka gegak gempitalah nanti Changkat Jering dengan deruman motor-motor gedabak... Moh kita...

Wednesday, September 23, 2009

Karburetor tak pick-up

Semalam saya dah buka karburetor Nor dan kaji apa masalahnya mengapa tak boleh pick-up. Setelah saya buka saya dapati pergerakan piston diaphragm tidak licin. Kalau nak ikutkan karburetor tersebut baru dibeli sepatutnya tidaklah begitu. Ini berkemungkinan disebabkan habuk atau minyak yang melekat pada dinding slide karburetor tersebut. Selepas saya cuci begitu begini maka hasilnya pick-up Jaguh Nor balik seperti asal. Barulah Nor suami isteri senyum sampai ke telinga. Kalau tidak isteri dia dah tobat taknak naik Jaguh tu. Nor pula kata kalau dia jual Jaguh tu tak akan dia beli dah motor Jaguh. Dia punya syok motor dah elok tak sabar-sabar dah nak ride jauh... Ke mana kita lepas ni wehhh...???

Tuesday, September 22, 2009

Ride Raya

Seperti yang saya rancangkan, hari raya pertama meraikan keluarga, raya kedua raikan kawan.
So, pada pagi hari raya kedua group Sungai Kerang telah datang ke rumah saya untuk program beraya dengan ahli-ahli TERC. Mereka sampai dalam pukul 10.00 pagi. Di rumah saya telah ada Sdr Asmadi dan Apai datang beraya.
Group Sg Kerang disertai empat motor sahaja; PakSu Non, Malik, Jo dan Nor. Destinasi kami yang pertama ialah ke rumah PakTeh Zaini. Selaku ketua kampung aktiviti ride PakTeh agak terbatas pada hari raya ini. Jadi terpaksalah PakTeh melayan kengkawan di rumah sahaja.
Selepas rumah PakTeh, kami terus beraya di rumah Sayed dan Rusli Badang di Kamunting. Kemudian kami dengan disertai Abang Sayed dan Rusli Badang ride pula ke rumah Rosle MPOB yang terletak tak jauh dari Taman Mewah. Selepas itu kami terus ke rumah Che Man Driving School di Taman Muhibbah. Memandangkan hari nampak mendung kami pun bergerak semula balik ke rumah saya.
Selepas solat kami pun ride semula. Janjinya saya akan bertemu seorang kawan internet yang nak jual CDI Jaguh di Kuala Kangsar. Kami pun bertolak ke Kuala Kangsar dalam pukul 5.30 petang. Dalam perjalanan kami singgah sebentar di rumah Hj Omar dan sempat berbual di luar sahaja, tak masuk sebab isteri Haji menjalani homodylisis di bandar. Kemudian kami lalu di hadapan rumah Abang Noh, juga tak ada sebab bekerja.
Kami pun bergerak ke Kuala Kangsar. Sampai di Kuala Kangsar kami terus ke rumah Abang Radzi yang kini merupakan Ketua Kampung Padang Changkat, Chandan. Lama juga tak jumpa abang
Radzi. Banyak juga yang dibualkan sampai tak sedar jam sudah pukul lapan malam. Kami pun bertolak balik ke Taiping.
Hasrat nak jumpa member internet tadi tak jadi sebab katanya dia ke Ipoh.
Sampai di Tol Changkat Jering kami berhenti sekejap. Sempat juga bertukar karburetor dengan Nor kerana dia komplen motor tak boleh laju. Memang betul karburetornya tak boleh laju sebab selepas pasang pada motor saya, enjin jadi berat. Esok kenalah cari punca sebab musababnya…

Begitulah secara ringkas konvoy raya yang sempat saya buat tahun ini. Banyak rumah tak dapat pergi. Ada yang balik kampung, ada yang tak dapat dihubungi, dan lain-lain lagi. Tak mengapalah, janji lepas juga gian nak ride...
Jumpa kita lagi...

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir batin kepada semua ahli TERC serta semua muslimin dan muslimat yang mengunjungi blog ini.

Dalam perayaan kali ini marilah kita mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama kita dengan kunjung mengunjung antara satu sama lain. Ahli-ahli TERC saya anggap sebagai bersaudara. Bak kata pepatah, carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga. Begitulah kiranya ada antara ahli yang berkecil hati atau merajuk diri, janganlah dibiarkan lama. Marilah kita sama-sama membuang yang keruh, ambil yang jernih. Saya percaya TERC akan menjadi kelab yang unggul dan dibanggai oleh setiap ahlinya.

Harap kengkawan dapat meluangkan masa dan mengikuti perkembangan yang akan saya hantar melalui sms dari semasa ke semasa. Kepada kengkawan yang ingin mengunjungi rumah saya insyaAllah saya akan ada di rumah bermula hari raya kedua (hari pertama kena la ziarah abang adik kakak semua kat kampung). Cuma call atau sms dulu kalau nak datang.

Dan kepada sesiapa ahli yang merancang nak buat open house, maklumkan kepada saya supaya dapat kita atur macam mana....

Sunday, September 13, 2009

Luas pergaulan banyak pengalaman

Kata orang jauh berjalan luas pemandangan, luas pergaulan banyak pengalaman.

Semalam saya ke Kuala Lumpur bersama PakSu Non dan Jeff. Sampai di Sungkai kami singgah sebentar di Kampung Menderang berjumpa seorang bekas ahli TERC yang masih lagi aktif ride. Beliau dikenali sebagai Encik Sub Sayed. Beliau mendapat panggilan tersebut kerana bersara sebagai anggota polis dengan pangkat sub-inspektor. Dipendekkan cerita, beliau kini aktif ride dalam pelbagai bentuk: easy rider, superbike, vespa klasik, off-road dan trail bike. Kita patut tabik kepada beliau kerana dalam usia bersaranya itu beliau masih lagi sihat walafiat dan dapat menyertai bermacam bentuk aktiviti bermotosikal. InsyaAllah suatu hari nanti kita akan bersua lagi dan kita akan jemput Tuan Syed ikut join.

Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan kami singgah sebentar di Puncak Alam berjumpa dengan anak saya yang menuntut di UiTM sana. Yang bestnya saya tersesat jalan, tak tahu arah ke Puncak Alam selepas keluar dari Plus highway ke Guthrie highway. Mujurlah Sdr Jeff ada GPS. Beliau yang pada mulanya tertidur tak tahu yang kami dah tersesat. Tak lama selepas GPSnya dihidupkan dapatlah kami sampai dengan mudah.

Kemudian kami terus ke Sentul. Tapi Jeff tak dapat bersama kerana dia ada program lain di Shah Alam. Di Sentul PakSu membeli cover rantai Vulcan yang siap berkrom. Kami kemudian ke Plaza Low Yatt untuk servis walkie-talkie yang dibeli tempoh hari.

Menjelang waktu berbuka kami dengan dipandu oleh abang saya pergi ke Hotel Adamson, Kuala Lumpur untuk program berbuka puasa bersama Proton Club (ProCC). Sesampai di sana kami disambut oleh Sdr Hifni, Presiden ProCC, dan kami merupakan orang pertama mendaftar untuk berbuka puasa. Kami dilayan dengan amat baik dan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas layanan team ProCC itu. Yang penting untuk kita ambil panduan daripada program ini ialah kemesraan yang ditunjukkan sesama ahli mereka. Kita sewajarnya mencontohi kelab ini yang diterajui semuanya oleh tenaga muda.

Sebelum balik abang saya bertuah kerana mendapat hadiah nombor satu yang berupa sebungkus coklat Cadbury Vochel dalam sesi cabutan bertuah.

Terima kasih ProCC.

Friday, September 11, 2009

Mohon bercuti sekejap

Esok Sabtu, 12 September 2009 saya nak bercuti sekejap..
Saya dan PakSu Non akan ke Kuala Lumpur..
Kami mendapat jemputan untuk berbuka puasa bersama Proton Club..
Sambil itu saya akan bawa set walkie-talkie kelab untuk diservis dan repair mana yang patut..
InsyaAllah hari Ahad kita jumpa semula..
Boleh datang ke kedai kelab untuk mendapat info terkini..

Untuk makluman, saya sedang naiktaraf sambungan internet kepada streamyx, harap-harap lebih baik daripada portable broadband yang saya selalu guna ni..
Dan kedai kelab juga akan dilengkapi dengan talian streamyx selepas raya nanti, insyaAllah.. Ahli-ahli boleh datang dan memanfaatkan talian internet nanti dengan PERCUMA..
So, kepada kengkawan harap terus istiqamah bersama kelab TERC...
Bersama kita majukan kelab...

Wednesday, September 9, 2009

Abg Din berehat di ward

Abg Din Boxing sekarang ini sedang berehat di Wad Hospital Columbia, bilik 95.
Beliau dimasukkan ke hospital semalam (080909) kerana bengkak di tangan kanan. Pada mulanya beliau berasa sengal-sengal biasa pada tangan kanan. Dah lebih seminggu baru pergi hospital untuk mendapat rawatan. Rupa-rupanya sakit beliau dikira serius kerana kalau lambat dirawat mungkin lebih memudaratkan memandangkan beliau ada kompilasi gula dalam darah. Tangan beliau telah dibedah semalam untuk mengeluarkan bisa dan nanah. Sekarang keadaan abg Din sudah beransur pulih..
Semoga abg Din cepat sembuh dan boleh ride semula..

Kepada kengkawan semua, jagalah kesihatan dan dapatkan rawatan segera jika tidak sihat...

Tuesday, September 8, 2009

Dua lagi jemputan majlis berbuka

Kita mendapat dua jemputan berbuka puasa dalam masa terdekat. Kepada kengkawan yang berkelapangan sila tunggu di Kedai Kelab pada pukul 6.00 petang pada Rabu dan Khamis ini:
Rabu 090909 – Majlis berbuka puasa di kampong Potong Pinang, Pokok Assam, Taiping
Khamis 100909 – Majlis berbuka puasa bersama DYTM Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak di Masjid Sungai Tinggi, Trong

Makluman terkini - program berbuka puasa bersama DYTM Raja Nazrin mungkin tak ramai yang dapat pergi. sesiapa yang hendak pergi kena bergerak awal dan perlu sampai sana sebelum pukul 6.00 petang. Ini adalah kerana program mereka akan bermula 6.20 dengan pelbagai acara rasmi. Tak eloklah kalau geng motor sampai sehingga mengganggu majlis. Oleh itu saya tak galakkan ahli pergi kalau sekadar hendak berbuka puasa... Mungkin geng Sungai Kerang sahaja yang dapat memeriahkan majlis...

Tuesday, September 1, 2009

Majlis Berbuka Puasa TERC pula

Terima kasih kepada yang menjayakan majlis berbuka puasa sambil meraikan anak-anak yatim Nur Hidayah tempoh hari.
Kali ini saya ingin mengajak ahli-ahli kita untuk ke satu lagi majlis berbuka puasa. Kali ini kita buat daripada kita untuk kita.
Tarikh: Jumaat 4 September, 2009
Tempat: Dewan Komuniti Sg Kerang.
Masa bertolak: 6.00 petang dari Kedai TERC

Setelah berbincang dengan geng Sungai Kerang dan beberapa orang kuat TERC, kami memutuskan untuk mengenakan sedikit bayaran, iaitu RM5 untuk seorang, manakala kalau datang dengan keluarga cuma RM15 sahaja. Dijangka perbelanjaan semua ialah RM400 untuk strength 50 orang.

Oleh kerana buffet nanti ala-ala hotel gitu, maka amatlah rugi kalau taknak ikut...

Ini senarai yang dapat datang ...

1. Sdr Baharuddin, YDP
2. PakSu Non, NYDP
3. Sdr Ahmad Parmy, SU
4. Sdr Zaman, Pen. SU
5. Sdr Asmadi Bendahari suami isteri
6. PakTeh Zaini Ketua Penerangan suami isteri
7. Semua geng Sg Kerang seramai 7 orang, suami isteri
8. Abang Din Boxing suami isteri
9. Sdr Adam
10. Haji Sabri Virago
11. Sdr Sahimi
12. Sdr Jeff sekeluarga
13. Sdr Azman Driving School sekeluarga
14. Sdr Azmi klinik
15. Sdr Rahim Chef
16. Sdr Aznan sekeluarga
17. Sdr Safri
18. Cikgu Megat suami isteri
19. Sdr Apai The Sailor
20. Abang Amil Vulcan
21. Sdr Murat

Turut hadir menyerikan majlis...
1. Encik Dahalan, Pengurus BIMB Taiping
2. Ustazah Zanariah sekeluarga bersama anak istimewa, adik Ihsan


Nak bertolak ke Sungai Kerang...


Layan abang Amil, layan...


Nak jadi juara makan kerang ke...?


Hari ini para isteri tak payah masak... Layan...

Untuk gambar lain sila refer

http://z15.invisionfree.com/choppersgarage/index.php?showtopic=2421
dengan ihsan cikgu Megat