Sunday, August 30, 2009

Laporan Majlis Berbuka Puasa

Baru sahaja selesai majlis berbuka puasa sambil meraikan anak-anak yatim Nur Hidayah, Kampung Cheh Bukit Gantang.
Boleh dikatakan majlis berlangsung sangat meriah. Diringkaskan:
1. Majlis diserikan dengan kehadiran YB Kapten (B) Osman Jailu, ADUN Changkat Jering.
2. Jumlah sumbangan kepada anak-anak yatim mencecah RM 3000.00. Ini termasuk belanja berbuka, kutipan ikhlas daripada bikers, sumbangan YB, sumbangan Pengurus BIMB, sumbangan daripada PakSu Non, dan lain-lain sumbangan.
3. YB Kapten (B) Osman berjanji akan menjadikan Rumah Anak Yatim Nur Hidayah sebagai anak angkat DUN Changkat Jering.
4. Pengurus Bank Islam Taiping, En. Dahalan juga berjanji akan menyalurkan pelbagai bantuan kepada Rumah Anak Yatim Nur Hidayah.
5. TERC berjanji akan terus membantu di mana yang boleh.

Gambar-gambar sekitar majlis...

Rumah Anak Yatim Nur Hidayah, Kampung Cheh Bukit Gantang...

Datang oiii datang...

Tunggu berbuka... Abang Rahim Chef kita rilek je, tapi abang Nan...


Sebahagian tetamu yang hadir, khusuk dengar tazkirah, tapi perut dah berkeroncong..
YB Kapten Osman Jailu menyampaikan sumbangan peribadi kepada anak-anak yatim

Dah nak balik kita... Raya datang lagi

Sunday, August 23, 2009

Majlis Berbuka Puasa

Taiping Easy Riders Club akan menganjurkan majlis berbuka puasa sambil meraikan anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Nur Hidayah, Kampung Cheh, Bukit Gantang pada hari Ahad ini, 30 Ogos 2009. Rumah anak yatim ini mempunyai seramai 27 penghuni perempuan yang masih bersekolah rendah dan menengah. Sehubungan itu Kelab mengalu-alukan sumbangan derma ikhlas daripada ahli-ahli atau sesiapa sahaja yang akan digunakan untuk perbelanjaan berbuka puasa dan wang saku anak-anak yatim di situ. Sumbangan anda bolehlah diserahkan terus kepada Yang DiPertua TERC, Saudara Baharuddin Hashim, dan akan disampaikan kepada Pengerusi rumah anak yatim tersebut pada 27 Ogos 2009. Sekian dimaklumkan. Semoga mendapat perhatian daripada semua ahli.

Berikut adalah senarai penyumbang terkini... Senarai ini akan di'update' dari semasa ke semasa:
1. Sdr Baharuddin RM 50.00
2. Sdr Aznan RM 50.00
3. Sdr Rahim Chef RM 20.00
4. Sdr MatKi BIMB RM 10.00
5. Abg Din Boxing RM 10.00
6. Sdr Safri RM 10.00
7. Sdr Sayed Isa RM 10.00
8. PakYa Kecik RM 10.00
9. Sdr Murat RM 20.00
10. Sdr Yusri Harley Davidson RM 50.00
11. Sdr Sahimi RM 50.00
12. Tn Haji Sabri Virago RM 50.00
13. Cikgu Raja Ismail RM 14.00
14. Sdr Rosle MPOB RM 10.00
15. Cikgu Razuan 911 RM 10.00
16. PakLeh 911 RM 10.00
17. Sdr Rusli Badang RM 50.00
18. Abg Am (Gerai Santan) RM 10.00
19. Sdr Khairul Nizam RM 10.00
20. Tuan Haji Rahim Foto RM 5.00
21. Sdr. Mohd Azmi Klinik RM 10.00
22. Sdr Awang Keri X-Ray RM 10.00
23. Sdr Ahmad Parmy S.U. RM 30.00
24. PakSu Non dan Geng Sg Krang RM 100.00
25. Tuan Haji Kamarulzzaman RM 14.00
26. En. Dahalan, Pengurus BIMB RM 270.00 angpow untuk anak yatim
27. PakSu Non RM 135.00 angpow untuk anak yatim
28. Sdr Apai RM 50.00
29. Sdr Azman Driving School RM 30.00
30. Sdr Zaman RM 10.00
31. Sdr Zali Shadow RM 50.00
Terima kasih kepada semua penderma.
Saya mengambil kesempatan ini untuk menjemput semua ahli TERC datang meramaikan program pada hari itu. Saya telah pun serahkan kepada Tok Ayah (Pengerusi Rumah Anak Yatim Nur Hidayah) wang makan untuk seramai 80 orang. InsyaAllah cukup...

Sila berkumpul di kedai Kelab pada hari Ahad ini, 30 Ogos 2009 jam 5.00 petang. Kalau cuaca cerah moh kita pakat-pakat naik motor. Kalau hujan naik keta.
Jumpa kita di sana...

Sunday, August 16, 2009

Lagi gambar program SDM...

Dah menderma moh le kita makan... Tengok Rahim Chef kita, bab makan bersemangat...
Inilah dia DJ Azaha.. Kalau nak guna khidmat dia contact la...

Inilah barisan petugas dari Tabong Darah Hospital Taiping diketuai oleh Sdr Abon..

Ni time isi borang nak derma... Bersemangat... Semangat nak derma ke semangat nak baju....?

Sdr Nana kita sebagai DJ program membantu DJ Azaha, siap berpantun-pantun...
Member kita Ee ni memang rajin... Suruh kerja apa pun boleh...

Itulah sebahagian peristiwa yang sempat dirakam. Ada banyak lagi koleksi, tapi saiz terlalu besar untuk letak kat sini...
Kepada penderma darah yang masih belum menerima gambar derma darah harap dapat mengambilnya di kedai kelab bila-bila masa (tapi call la dulu)... Hari tu ramai juga yang belum dapat sebab komputer buat hal... Cana pun terima kasih banyak kepada semua penderma, petugas dan pengunjung... Dan sangat-sangat terima kasih daun keladi kepada penaja-penaja; YB Ketua UMNO Bahagian Taiping, Pengurus BIMB Taiping, Pengurus GSL Semanggol, DJ Azaha dan RAFA Bridal....

Program Derma Darah 2009...

Program "Setitis Darah Merdeka", kempen derma darah sempena sambutan kemerdekaan 2009 telah berjaya diadakan pada hari Sabtu, 15 Ogos 2009 bertempat di Gerai Seri Kota, Taiping. Ini adalah sebahagian gambar sekitar program....
Kelihatan sdr Murat, Zaman, Pak Awang dan wakil penderma dari GSL...
Senyum aje Sdr Badang kita dilayan misi cun...

YB Yew Tian Hoe juga turut meraikan para penderma...

PakSu Non menyampaikan cenderamata kepada Tuan Haji Wazir, wakil Ketua UMNO Bahagian Taiping...

Dr. Kadir sedang memeriksa tekanan darah Sdr Faizal.. Maaf le, darah miker tinggi, tak layak... Memerhati di belakang Abg Nor, pun tak layak juga... Takpe la, semangat mahu ada...

Tuesday, August 11, 2009

Kibar Jalur Gemilang 2009

Pada hari Ahad lepas, 9 Ogos 2009, Sektor Rukun Tetangga Jalan Kampung Dew Barat, Simpang, Taiping telah menganjurkan acara tahunan Konvoy Kibar Jalur Gemilang dari Simpang ke Teluk Batik, Lumut. Kelab berasa bangga kerana mendapat jemputan terus daripada Pengerusinya, Uncle Sharmugam, J.P. untuk menyertai konvoy tersebut. Seramai 20 buah motosikal easy riders telah mengepalai konvoy sambil beberapa ahli dilantik sebagai marshall. Berikut ialah sebahagian gambar yang sempat dirakam.

Bangganya Sdr Yesu mendapat perhatian istimewa daripada YAB Datuk Sri Dr. Zamry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak

YAB Menteri Besar Perak melepaskan para peserta konvoy... Berapa cc motor tuan sayed ni?

Virago Haji Omar ubahsuai dah macam Gold Wing... Biarkan...

Si Safri mendapat hadiah cabutan bertuah.. Tak sesia jadi marshall hari tu, ye yeop....

Thursday, August 6, 2009

Urusetia "Setitis Darah Merdeka"

Sukacita dimaklumkan bahawa program derma darah "Setitis Darah Merdeka" anjuran Kelab TERC akan diteruskan pada 15 Ogos 2009 bertempat di Kedai Kelab di Gerai Sri Kota.

Sehubungan itu satu mesyuarat khas akan diadakan untuk membincangkan kerja-kerja dan pelbagai perkara yang berkaitan. Mesyuarat tersebut akan diadakan pada hari Jumaat, 7 Ogos 2009, jam 8.30 malam bertempat di Kedai kelab.

Anda ahli-ahli kelab dijemput hadir dan diharap dapat membantu sebagai urusetia program.

Terima kasih.

Jangan menfitnah

Sejak akhir-akhir ini saya menerima beberapa tohmahan yang berbentuk fitnah memburuk-burukkan Kelab. Saya dapat agak angkara siapa, kerana yang memburukkan Kelab ini ialah orang yang tidak mendapat tempat dalam Kelab. Saya nak ingatkan, jangan buat gitu. Dosa fitnah kan lebih berat daripada membunuh.. Sanggupkah anda memikul dosa yang lebih berat daripada membunuh?
Saya nak perjelaskan di sini sebenarnya...
1. Kelab tidak meminggirkan siapa sahaja ahli yang tetap setia kepada Kelab...
2. Kelab tidak menganaktirikan motor-motor kecil (motor Jaguh) walaupun ramai ahli yang telah up-grade..
3. Kelab tidak menyalahgunakan apa-apa wang yang diterima sama ada daripada yuran ahli mahu pun sumbangan luar...

Cukup setakat tiga perkara itu dulu yang menjadi modal mereka yang memburukkan Kelab.. Akhir sekali saya nak ingatkan kepada anda yang benci tak tentu fasal, be gentleman... Kalau anda nak buka kelab baru pun, bukalah, apa pasal burukkan kelab orang...
Ada otak lu fikirlah sendiri...

Monday, August 3, 2009

Jadikan iktibar

Semalam seramai 15 ahli TERC telah berkonvoy ke Kampung Gelok, Lenggong untuk menziarahi keluarga arwah Shahriman. Rombongan tiba di rumah ibu arwah pada kira-kira pukul 3 petang. Perasaan sayu dan hiba menyelubungi ahli-ahli rombongan melihatkan anak-anak yang masih kecil ditinggalkan bapa yang pergi buat selama-lamanya. Arwah meninggalkan seorang isteri yang sedang sarat mengandung serta tiga orang anak lelaki.

Begitulah perginya seorang teman yeng menghadap penciptanya pada usia yang sangat muda, baru 37 tahun.

Kita yang masih bernafas ini patut menjadikan ini sebagai satu iktibar, bahawa kita hidup di dunia ini terlalu singkat. Sampai masa semuanya akan kita tinggalkan buat selama-lamanya. Selama hidup inilah kita kena berbakti dan berbuat baik. Sebab itulah kita berkelab dan berpersatuan supaya kita ramai kenalan dan boleh hidup bermasyarakat. Takkanlah kerana perkara kecil kita nak bermusuh dengan orang. Fikir-fikirkanlah..