Sunday, March 28, 2010

Ride paling santai

Pada pagi Ahad, 28 Mac 2010 seramai lapan orang ahli TERC telah ride ke Rope Walk, Lorong Kulit, Pulai Pinang. Mereka ialah Cikgu Bahar, Abang Din Boxing, Paksu Non, Sdr Malik, Cikgu Megat, Rizal Gayung, Che Mi Hj Saleh dan Sdr Nizam. Boleh dikatakan inilah ride yang paling santai pernah dibuat TERC. Para riders menunggang dengan penuh santai, tidak terkejar-kejar, tidak ada marshall, dan tidak terikat dengan mana-mana pihak lain.
Pada mulanya hanya seramai enam orang sahaja bertolak pada 8.00 pagi dari Tol Kamunting. Mereka singgah sebentar di R&R Gunung Semanggol. Setengah jam kemudian Che Mi Haji Saleh join untuk ride. Perjalanan diteruskan selepas bersarapan. Tiba di Hentian Sebelah Sungai Juru, seorang lagi ahli TERC iaitu sdr Nizam yang bekerja di Pulau Pinang turut join the ride dari situ untuk tunjuk jalan ke Rope Walk. Sampai di Rope Walk dalam pukul 11.00 pagi, riders diberi kebenaran parking di Laman Stadium. Ramai juga pengunjung pada hari tersebut.
Pada pukul 12.40 tengah hari para riders bergerak ke jalan Chowrasta untuk membeli jeruk sebagai buah tangan untuk dibawa balik. Sebelum bertolak balik dengan feri mereka sempat singgah makan di Padang Kota.
Apa yang hendak diceritakan di sini bukan tentang ride tersebut tetapi catatan ini ialah sebagai panduan untuk kita semua merancang satu ride yang santai dapat dibuat. Penulis dapat merumuskan begini...
1. Mulakan dengan matlamat untuk bersantai. Untuk ini pastikan cuaca cerah dan sesuai untuk memulakan perjalanan.
2. Tentukan cek point di mana hendak berhenti dan berikan maklumat dan arahan yang jelas kepada semua peserta konvoy.
3. Tidak perlu marshall kerana masing-masing sudah cukup matang untuk membuat ride yang selamat.
4. Selalu berbincang sesama ahli tentang sebarang perkara yang berkaitan dengan ride.
5. Selalu tersenyum... Apabila anda senyum insyaAllah suasana akan ceria...

Kalau nak ke Lorong Kulit elok naik Feri, lebih dekat banding ikut Jambatan PP...

Suasana Rope Walk tak jauh beza dengan UpTown atau Lockain Road....

Antara yang menarik perhatian ialah barangan antik... Radio antik MW/SW berharga RM850..

Sebelum balik kita makan dulu.....

Friday, March 26, 2010

Tube amplifier

Asyik citer pasal motor aje…

Kali ni nak citer hobby lain pula...

Baru-baru ini teman beli satu set mini hi-fi…

Yelah, punya lama dah kerojer tak dapat-dapat lagi hajat nak beli hi-fi…

So cari punya cari dapat la sejibik yang sedap benor mata memandangnya, ala-ala tahun 60-an gitu… Jenis yang pakai tube valve… Dulu masa belajar elektronik, tube valve ni dah tak main dah, sebab semua barangan elektronik dah pakai solid state atau semi-conductor… Rupa-rupanya kegemilangan tube valve datang balik… Sebenarnya tube valve amplifier mempunyai kuasa yang lebih tinggi daripada semi-conductor… Tak pandai la pula teman nak storykan di sini… Yang teman tahu orang dah mula beralih mencari tube amp pula sekarang ni… Harga pun mak datuk, punyalah mahai… Dekat tiga ribu juga teman habih…
Tapi bunyi dia perghhhhh wowww punyalah best…. Cakap pun tarak guna maaaaaaa…..
Ni la rupa gambornyer....
So, kalau kengkawan jarang-jarang nampak teman tu maknanya teman tengah asyik dengor radio kat dalam bilik... Banyak sangat siaran radio best-best... Suria FM, Sinar FM, Era, Radio Muzik, Perak FM, Klasik FM, Hot FM... dan macam-macam lagi... sampai tak sempat nak dengar MP3 dah...
Okay, bye dulu... Nak balik cepat nak pasang radio...

Monday, March 22, 2010

Wedding of the year

Seperti yang telah diuar-uarkan sebelum ini, pada hari Ahad 21 Mac 2010 telah berlangsung majlis resepsi pengantin baru, Sdr Rozaimi dengan pasangannya di Kampung Ekspo Tambahan, Kamunting. Majlis tersebut amat meriah kerana seramai lebih seratus bikers dari pelbagai kelab motor telah hadir. Antara kelab yang datang memeriahkan majlis ialah Retrosuperbike Malaysia Singapura, RD Club, Superbike Malaysia, MBC, TERC dan LBC. Majlis ini mungkin boleh dikategorikan sebagai Wedding Of The Year 2010 - kategori bikers.

Sdr Zaimi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua bikers yang hadir dan menyampaikan salam beliau suami isteri kepada semua.

Selamat Pengantin Baru... Lepas ni jangan duk merempit lagi :-)

Sebahagian bikers yang hadir....

Saturday, March 20, 2010

TERC dapat layanan VIP

Beberapa orang ahli TERC baru saja balik dari Alor Setar memenuhi undangan MODENAS meraikan Pembukaan Cub Prix 2010 di Alor Setar. Terima kasih kepada MODENAS yang telah memberi layanan VIP kepada delegasi TERC. Tidoq kat WNS Homestay beb... Ini Homestay taraf VIP... Cakap pun tak guna, memang best....
Ini ada sedikit gambar sebagai ole-ole.... Biarlah gambar menceritakan semuanya...

Delegasi TERC bergambar di hadapan homestay sebelum bergerak menuju Giant Alor Setar

Sebahagian daripada 350 peserta konvoy MODENAS

Polis Trafik turut memberi bantuan...

Anak-anak muda generasi lepas merdeka ceria mengambil bahagian....

Acara memotong kek dan melepas belon sempena setahun usia Modenas GT128...
Pendek kata acara pada hari tersebut happening habis. So kepada pemilik-pemilik motor Modenas hangpa jangan gatai nak tukaq motor lain... Banyak lagi program khas untuk pemilik motor Modenas. Belilah keluaran Modenas, keluaran tempatan... Harap-harap Modenas cepat-cepat la keluarkan motor berkuasa tinggi pula... Kalau Naza dengan Demak boleh buat, takkan Modenas tak boleh... Kami tak sabaq dah ni...

Friday, March 19, 2010

Ride Utara

TERC mendapat jemputan terus daripada pihak MODENAS untuk memeriahkan program Pembuka Tirai Cub Prix pada hari Sabtu 20 Mac 2010. Pada kesempatan ini TERC bercadang untuk terus ride ke utara iaitu Alor Setar dan Bukit Kayu Hitam. Peserta akan bertolak dari Tol Kamunting pada hari Jumaat 19 Mac 2010 jam 3.00 petang.
Kepada kengkawan yang berkesempatan, moh kita....

Wednesday, March 10, 2010

Penerangan Tentang Amanah Raya

Satu program penerangan tentang Amanah Raya telah diadakan pada hari Selasa 9 Mac 2010 jam 9.00 malam bertempat di Kedai Kelab. Penerangan tersebut disampaikan oleh Encik Dahalan, Pengurus Bank Islam Taiping. Menurut beliau, Bank Islam merupakan agen kepada Amanah Raya dan beliau bertindak sebagai wakil memberi penerangan tentang fungsi dan peranan Amanah Raya.
Menurut Encik Dahalan, kebanyakan masyarakat terutamanya kalangan umat Islam tidak sedar tentang peri mustahaknya menulis surat wasiat dan pengurusan harta selepas kematian dengan cara yang sistematik. Dalam penerangan tersebut Encik Dahalan telah menerangkan dengan terperinci tentang kelebihan menggunakan khidmat Amanah Raya sebagai pentadbir tinggalan harta pusaka setelah seseorang itu meninggal dunia. Berbanding menggunakan khidmat peguam yang sangat mahal, Amanah Raya mengenakan bayaran sebanyak RM350 sahaja.

Gambar atas: Encik Dahalan (berbaju putih) sedang memberi penerangan kepada ahli-ahli TERC tentang kelebihan Amanah Raya, manakala gambar bawah beliau menyerahkan borang kepada Sdr YDP TERC.

Maklumat lanjut http://www.arb.com.my/

Monday, March 8, 2010

Menyambut Superbikers KL S'pore

TERC mendapat undangan khas menyambut bikers dari KL & Singapura untuk meraikan majlis perkahwinan Sdr Zaimi, Bendahari RetroSuperbike Malaysia-Singapura pada hari Ahad 21 Mac 2010. Kumpulan motor-motor besar tersebut dijangka tiba di Tol Kamunting pada pukul 12.00 tengah hari. Dari Tol Kamunting, peserta akan diiring ke Homestay di Belakang Caltex Kamunting, sebelum diarak ke rumah pengantin di Lot 2232, Jalan Kolam 11, Kampung Ekspo Tambahan, Kamunting (sebelah rumah Rusli Badang ni....). Oleh kerana konvoy ini melibatkan jumlah motor yang besar, polis trafik akan menghantar outriders mereka untuk membantu kelancaran lalulintas.
Untuk makluman semua, Sdr Zaimi adalah anak tempatan Taiping, kini bertugas sebagai eksekutif Telekom di Putrajaya. Rakan-rakan TERC pernah bersua Sdr Zaimi beberapa tahun dahulu sewaktu beliau pulang bercuti. Kalau kengkawan nak tahu, Sdr Zaimi inilah yang saya selalu cerita bawa motor dari Putrajaya ke Kamunting dua jam saja...
Ater kamu ni Zaimi belum kawen lagi roper nyer yek... Bawa motor tu beringat-ingat, darah manis tu....

Friday, March 5, 2010

Laporan Ride Titiwangsa dibentangkan

Malam ini selepas majlis tahlil, satu mesyuarat ringkas akan diadakan sebagai penutup program Ride Titiwangsa Taiping-Kota Bharu. Berikut ialah laporan ringkas program tersebut:

Laporan Ride Merentasi Titiwangsa Taiping-Kota Bharu. 26-27 Februari 2010
Objektif Program:
1. Memenuhi salah satu aktiviti ride jauh tahunan.
2. Melatih para peserta tentang aspek kepegawaian ekspedisi bermotosikal.
3. Mendedahkan para penunggang dengan pelbagai bentuk penunggangan.
4. Mengeratkan silaturrahim antara sesama ahli.

Bilangan motosikal = 31 buah (25 TERC dan 6 LBC)
Bilangan kenderaan lain = 3 buah kereta dan sebuah lori
Jumlah peserta = 50 orang

Hari Pertama – 26 Februari 2010
Program bermula seawal 8.00 pagi di Kedai Kelab untuk pendaftaran peserta, sarapan, taklimat ringkas, dan membaca doa perjalanan.

Tepat jam 9.00 pagi bertolak dari Kedai Kelab. Berhenti sebentar di Tasik Raban untuk buang air. Di situ motor ustaz Khairul mengalami kerosakan kecil, iaitu minyak overflow. Kerosakan berjaya dibetulkan dan perjalanan diteruskan. Singgah di Esso Gerik untuk mengisi minyak. Perjalanan diteruskan dan singgah berehat di Hentian Titiwangsa, Banding pada pukul 12.00 tengah hari. Di Hentian Titiwangsa delegasi telah bertemu dengan sekumpulan wartawan majalah motosikal tempatan dan luar negara yang kebetulan sedang membuat liputan. Rombongan seterusnya bertolak ke Bukit Bunga dan tiba tepat pada waktu solat Jumaat iaitu jam 1.40 tengah hari. Sekitar pukul 3.00 petang bertolak dari Bukit Bunga menuju Kota Bharu.

Dalam perjalanan singgah sebentar di Cawangan UMNO Batang Merbau di bawah DUN Mahang. Delegasi dijamu laksa kelantan. Tiba di PCB dalam pukul 6.00 petang dan terus check-in di Rumah Penginapan Nor Batik. Tiga orang kuat KBC, iaitu abang Nik, Cikgu Fendi dan sdr Poh menyambut ketibaan TERC. Pada sebelah malam semua ahli telah pergi shopping dan makan malam di Wakaf Che Yeh.
Hari Kedua – 27 Februari 2010
Seawal jam 6.00 pagi peserta telah bangun pagi, mengemas diri dan bersarapan. Jam 9.00 pagi check-out dari tempat penginapan. Kemudian peserta bertolak ke Pasar Khadijah Kota Bharu untuk membeli belah selama sejam. Sekitar jam 12.15 bertolak ke Rantau Panjang untuk shopping, solat dan makan tengah hari.
Habis program di Rantau Panjang peserta bergerak menuju ke Gerik. Rombongan singgah sebentar di Bersia, iaitu di rumah Puan Aminah, balu Allahyarham Shahriman, di mana rombongan mengadakan doa tahlil dan jamuan ringan. Derma berjaya dipungut berjumlah RM101 diserahkan kepada balu Allahyarham. Seterusnya rombongan bertolak balik dari rumah Puan Aminah lalu singgah mengisi minyak di Petronas Gerik. Seterusnya bergerak menuju R&R Bukit Gantang untuk taklimat akhir dan bersurai pada pukul 9.30 malam.

Kesimpulan
Boleh dikatakan program ini adalah antara program yang paling berjaya pernah dianjurkan oleh Kelab. Objektif program telah tercapai. Setiap peserta diberikan sekeping sijil penghargaan.

Dengan program ini, segala tohmahan yang mengatakan Kelab sekarang adalah lesu telah dapat ditangkis.

Kelab mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada peserta dan semua pihak yang menyokong dan membantu menjayakan program Kelab. Kepada semua, marilah kita terus menyokong usaha yang murni ini bagi menaikkan imej bikers di kalangan masyarakat.

Monday, March 1, 2010

Majlis tahlil

Kelab bercadang untuk mengadakan majlis tahlil untuk Allahyarham Maawardi Jumaat ini, 050310 jam 9.30 malam, bertempat di Kedai Kelab. Satu mesyuarat penutup program ride Titiwangsa akan diadakan selepas majlis tahlil tersebut. Semua ahli dan kenalan TERC dijemput hadir.