Sunday, June 10, 2012

Bateri Smart Tag


Tak tahulah sama ada perkara ini pernah bincang kat mana-mana. Menggunakan smart tag melalui lebuh raya sangat mengujakan. Tapi bila bateri smart tag habis menyampah gila... 






Bateri 9V dalam smart tag tu cepat sangat habis. Yang hairannya walau jarang guna baterinya tetap cepat habis… Nak kata mahal tidaklah mahal sangat tapi daripada buang duit beli bateri baik guna duit tu untuk isi top-up touch and go. Harga sebiji bateri antara RM4.50 di kedai runcit hingga RM9.90 di kaunter PLUS. 





Berpegang kepada konsep easy rider maka timbullah idea modify smart tag… Sambung wayar dari socket cigar lighter… Tadaaaaa… Dah jadi, dan telah teruji…

Monday, June 4, 2012

Motor siapa besar

Antara sebab kelab ini lesu adalah kerana apabila ahli dah beralih ke motor besar, mereka pun join kelab motor besar... Kita yang pakai motor kecik pun dipandang kecik... Lantak korang la nak pakai motor besar.. Kalau ikut nafsu, besar mana pun motor yang kita ada tetap tak puas hati.. Dah besar nak besar lagi... Apa kata beli yang ini ajer... Dah tentu tak ada siapa yang lebih besar.. He he...

Sunday, June 3, 2012

Asyik

Minta mahap pokcik Remy, Rusli Badang, Tuan Aziz dll sebab lama tak update… Sibuk sikit sekarang ni…
Banyak kerja kat opis… Antaranya yang ni… Jadi guru jadual waktu... 

Bukan senang nak mengatur jadual waktu...Macam-macam kerenah.. Nasib baik ada program komputer yang dapat membantu... Kadang-kadang nak generate sesuatu jadual menghadap komputer macam main game... Leka dan asyik...

Tapi hobi permotoran tak boleh tinggal... Meskipun tak aktif main motor, jiwa easy rider tetap ada... Dengan kereta pun boleh dikira easy rider jugak, ye tak…

Inilah easy ride saya yang terbaru.. 1.8E CVT… Sistem CVT tu yang sebenarnya easy ride..

Nanti ada masa saya akan kongsikan… Stay tuned…


p/s Naik letih tengok perkembangan politik semasa... Bila nak GE ni?

Monday, March 12, 2012

Jom tengok pameran Proton di Bukit Jalil


Kelab agak lama tidak membuat sebarang program. Ramai juga yang tertanya-tanya apa dah jadi pada TERC. Sebenarnya TERC masih ada. Cuma buat masa ini tidak aktif, itu saja. Ahli-ahli yang terdiri daripada riders yang aktif ramai pula dah join kelab lain. TERC tidak ada halangan sekiranya ahli-ahli join kelab lain. Tidak termaktub dalam perlembagaan menyekat ahli-ahli untuk menyertai berapa kelab pun. Asalkan anda sanggup patuh kepada kelab yang disertai, silakan. Pihak TERC tidak pernah dan tidak mahu menimbulkan apa-apa kontroversi dengan pihak lain. 

Sebagai permulaan program tahun ini, TERC ingin mengajak ahli-ahli ride ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Kita akan bertolak pagi Jumaat 16 Mac 2012 dan akan terus ke jalan Sentul untuk shopping. Bersembahyang Jumaat di Masjid Sentul, kemudian akan check-in di hotel sekitar Kuala Lumpur. Petang itu kita akan ride ke Bukit Jalil untuk melihat pameran Proton. Kita akan bertolak balik hari Sabtu, 17 Mac 2012. Jom kita…

Monday, October 3, 2011

Abang Tamin kembali Ke Rahmatullah

Kita menerima berita sedih petang tadi. Abang Tamin atau nama sebenarnya Zartamin bin Awaludin telah kembali ke Rahmatullah pada kira-kira 5 petang kerana komplikasi jantung. Allahyarham berusia 58 tahun adalah seorang pesara tentera dan menyambung khidmatnya sebagai sukarelawan Pasukan Pertahanan Awam dengan memegang pangkat Kapten. Allahyarham merupakan seorang yang sangat aktif dalam bidang yang diceburinya. Allahyarham telah menyertai kelab TERC pada 21 Mei 2009 dengan membawa lima orang sahabatnya turut menyertai kelab pada hari yang sama. Kali terakhir Allahyarham bersama Kelab ialah pada hari sambutan ulangtahun Kelab yang diadakan serentak dengan Mesyuarat Agung Tahunan TERC kali kelima pada 14 Februari 2011.


Pemergian Allahyarham sesungguhnya suatu kehilangan kepada dunia kesukarelawanan dan permotoran. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Saturday, July 9, 2011

Jom BERSIHkan motor...

Program sebenarnya ialah meraikan TM Bikers di Kolej Telekom Taiping..
Ini ada sedikit gambar kenangan..


Berkelah durian, juadah utama..
Majlis penutup program tahunan HRT Telekom KL di Kolej Telekom Taiping..


Tiga presiden - TERC, TM Bikers dan LBC..


Sdr Fishal tak lepas peuang bergambar kenangan bersama penyanyi utama kumpulan Stings yang juga ahli TM Bikers..


Cerita asal...


Hari ini ada sejarah tercipta.. Lantak ler dema..

Takde kerojer teman nak ngajak komer kempen BERSIH..
Teman nak ngajak komer jom kita bersihkan motor.. Ada program best ni.. Ater kalu motor dah kotor elok la dibersihkan..

Hari ini Sabtu, 9 Julai 2011 kita dijemput untuk meraikan TM Bikers di Institut Latihan Telekom, Jalan Lumba Kuda, Taiping.. Majlis akan diadakan pada pukul 9.00 malam. Lepas Isya kita berkumpul di depan sekolah Klian Pauh, cukup korum kita gerak.

Jom la kita ramai-ramai.. Kalu ada yang nak ke Kolumpor sila cancelkan.. Kita pun tak cukup orang dah ni.. Ustaz Khairul dengan Cikgu Bahar Teknik bawa budak silat. Madi Bendahari tak sihat terlantar di rumah. Pakteh sibuk urusan kampung. Rusli Badang dengan Khairulnizam standby 24 jam. Habis mana lagi geng kita ni?

Terima kasih kepada ahli TERC yang turut menjayakan majlis - Cikgu Bahar Teknik, Sahimi, Zaharim, Khaleelullah, Zaman, Azman DS, Bong, Fishal, Paizal, dan beberapa lagi ahli LBC..

Terima kasih juga kepada TM Bikers yang menghadiahkan peserta dengan cenderamata berupa sehelai baju-t dan headfon computer.

Terima kasih daun keladi...

Sunday, July 3, 2011

Rancangan TV1 khas untuk bikers

Mungkin ramai yang terlepas peluang menyaksikan satu rancangan khas yang ke udara setiap minggu khas untuk para bikers.

Rancangan yang dinamakan Dr. Moto itu disiarkan di TV1 setiap hari Ahad jam 6.00 petang dan dihostkan oleh Nabil Raja Lawak.

Maklumat lanjut layari http://www.chaya-la.com/exanet-m/Produksi-Filem.php

Untuk makluman ahli-ahli TERC, kita juga merupakan ahli Dr. Moto Bikers Community. Kalau ada masa sila jenguk http://www.dr-moto.com/dmbc banyak tips yang boleh dimanfaatkan di sana.