Monday, January 18, 2010

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 4

Dalam kesibukan kita, tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan. Sebagai ahli kelab yang berdaftar secara sah, anda perlu menunaikan tanggungjawab anda, iaitu menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan.

Mesyuarat Agung Tahunan TERC kali ke 4 akan diadakan pada hari Sabtu, 30 Januari 2010, jam 8.00 malam bertempat di Gerai Sri Kota. Saya mengambil kesempatan ini untuk menjemput semua rakan dan taulan untuk hadir pada masa dan tempat yang telah ditetapkan. Kepada sesiapa sahaja yang membaca notis ini diharap dapat meluangkan masa untuk kita bermesyuarat. Mungkin ada di antara anda yang tidak mendapat pelawaan saya melalui sms saya mohon maaf kerana mungkin kelemahan saya atau kesilapan teknik.

Kepada sesiapa yang ada usul untuk dikemukakan dalam mesyuarat agung bolehlah menyerahkannya kepada saya seminggu lebih awal.

Sekian dimaklumkan.

Friday, January 8, 2010

Kerani Kelab

Kita sudah ada kerani.. Ni dia gambar dia..

Sebenarnya sudah agak lama juga Kelab mencari seorang pekerja yang dapat membuat kerja-kerja perkeranian. Suatu hari Tuan Haji Sabri menawarkan anak saudaranya yang baru lepas SPM untuk meluangkan masa menjadi kerani sementara di kedai Kelab. Tentunya Kelab amat berbesar hati dan menerimanya dengan terbuka. Selepas ini diharap Kelab kita akan tambah ceria dan berseri dengan adanya seorang puteri yang sudi berkhidmat untuk Kelab....

Hidup Kelab...

Thursday, January 7, 2010

Mai burger

Kawasan Gerai Seri Kota mempunyai ruang yang luas sesuai untuk menjalankan perniagaan ala food court. Di sini terdapat kemudahan yang sesuai seperti ruang yang luas, lampu limpah dan kawasan parking. Untuk permulaan sebuah gerai burger telah mula beroperasi. Kepada rakan-rakan mai la cuba burger kita...

Friday, January 1, 2010

Tahun baru di Kelab

Presiden TERC menyampaikan ucapan aluan.
Silalah, jangan malu-malu...
Buat macam rumah sendiri...

Paksu Non and the gang, tak pernah miss walaupun jauh...

Ramai juga yang hadir... Penuh kawasan gerai Seri Kota

PakYa Misai tak lepas peluang mengasah suara...
Abang Nan kita pun tumpang sekaki...
Awat, hangpa ingat aku tak boleh nyanyi ke...?

Artis jemputan khas Sheeda dengan Amelina...

Eh... Hidup lagi orang tua ni...
Tu dia rider wanita kita Kak Sopie yang paling versatile..
Apa ke he Badang serius benor ni...?
Apa tengok-tengok... Ni ada yang nak kena pelempang ni...

Merpati dua sejoli....
Tengok Matki kalau dapat makan langsung tak nampak orang...
Bakal usahawan roti canai antarabangsa...
Para jemputan dijamu dengan roti canai segar...
Geng Larut Bikers tak ketinggalan... Hangpa kelui je kami sampai la...
Barisan body guard TERC.. Berani rapat...


Ewah, mika kalau dapat mike tak kenai teman dah..
Kalah Jali Kuala ni...

Wednesday, December 30, 2009

Selamat menyambut tahun baru 2010

Kelab ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua ahli TERC, penyokong, penderma dan semua pihak yang bersama-sama dengan TERC...
Seperti biasa pada setiap tahun Kelab mengadakan sambutan tahun baru bersama ahli-ahli dan keluarga.. Pada tahun ini kita akan menyambut tahun baru 2010 dengan acara yang sederhana meriah di Kedai Kelab. Sehubungan itu semua ahli serta keluarga dijemput hadir di Kedai kelab pada hari Khamis 311208 bermula jam 8.30 malam. Antara program nanti ialah makan-makan, nyanyi-nyanyi selain mendengar amanat orang-orang kuat TERC... You're welcome...

Sunday, December 27, 2009

Office Renovation

Kerja-kerja membesarkan ruang pejabat Kelab

Ruang di belakang kedai ditambak dan dibesarkan sehingga ke longkang besar

Tempat yang sesuai untuk pelbagai kerja baik pulih motor...
Atau mungkin juga untuk tujuan lain nanti... We'll see...

Sedikit laporan

Ringkasan aktiviti sepanjang baki cuti sekolah yang ada...

Pada hari Khamis 171209 satu majlis doa selamat telah diadakan di Pejabat Jualan Corallite. Sdr Jeff dan isterinya Puan Jamilah merupakan agen negeri Perak bagi jualan produk air kesihatan Corralite. Kelab mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka dan kelab berasa bangga dan gembira dengan pencapaian mereka. Pihak kelab sentiasa menyokong segala usaha baik anda.

Pada hari Sabtu dan Ahad pula saya telah bercuti bersama keluarga ke Kuala Lumpur sambil menghadiri mesyuarat bekas guru-guru pelatih Maktab Perguruan Lembah Pantai.

Pada hari Ahad 201209 penunggang-penunggang Jaguh TERC telah berpeluang menyertai program ride Cub Prix pusingan akhir Pulau Pinang. (Rujuk berita sebelum ini)

Sebahagian lagi ahli yang tak dapat ke Pulau Pinang telah menyumbangkan tenaga untuk konvoy pengantin anak Sdr Azmi dari SSL Traders Hotel ke Kompleks Rakan Muda Kamunting. Ride ini diketuai oleh abang Din Boxing.

Pada hari Isnin 211209 pula ahli-ahli TERC telah meraikan kepulangan abang Din Silat dari menunaikan fardu haji. Teruja juga dengar pengalaman abang Din.

Kerja-kerja pengubahsuaian pejabat Kelab telah dimulakan pada hari Selasa 221209. (Lihat gambar) Kerja-kerja tersebut telah diserahkan kepada PakYa Kecik. Setakat ini ruang belakang kedai Kelab diperbesarkan untuk lebih selesa. Pengubahsuaian seterusnya ialah memasang awning dan dinding tambahan di ruang belakang. InsyaAllah perkembangan proses renovation pejabat ini akan dilaporkan dari semasa ke semasa.

Pada hari Jumaat 251209 jam 9.00 malam telah diadakan jamuan di rumah Yesu sempena perayaan hari Natal. Ramai juga yang hadir, maklumlah sdr Yesu sahaja sahabat kita dari kalangan bukan Melayu yang masih aktif. Mana nak cari orang macam sdr Yesu kita ni...

Selepas makan di rumah Yesu kami lepak di restoran A Rahman. Turut hadir malam itu ialah Ahli Kehormat kita, Tuan Aziz Khan, Pengarah Penjara Sandakan. Tuan Aziz sedang dalam cuti dan akan kembali ke Sandakan pada hari Sabtu. Banyak yang dibualkan malam itu. Best dapat jumpa Tuan Aziz sebab banyak pengetahuan yang dapat ditimba daripada pengalaman beliau. Paling menarik malam itu ialah maklumat tentang sistem parol yang telah dilaksanakan bermula Julai tahun ini. Harap-harap Tuan Aziz cepat-cepat posting balik ke Semenanjung.

Pada hari Sabtu 261209 pula diadakan konvoy kenduri kahwin adik kepada isteri Mat Makki di Selinsing. Konvoy bergerak membawa pengantin dari Tol Gunung Semanggul menuju ke Selinsing pada pukul 1.00 tengah hari. Tak sangka dalam sibuk-sibuk kenduri di sana-sini masih terdapat 22 riders yang menjayakan program.

Malamnya ada program ride ke Kuala Kangsar sambil menonton ghazal party dan pelawak Maidin membuat persembahan di Arena Square. Malangnya hajat kami tak sampai sebab motor salah seorang member kita putus rantai pula di pertengahan jalan.

Begitulah serba sedikit program sepanjang minggu...

“Idup TERC”, begitulah salah seorang member kita hantar sms kepada saya.... he, he… TERC hidup atas komitmen anda ahli-ahli yang setia… Kalau anda tak setia kepada Kelab macam mana nak hidup, betul tak? Sama-samalah kita berdoa semoga Kelab terus berjaya – kita harungi suka duka bersama walaupun banyak onak dan duri terpaksa ditempuhi... Benar, hidup TERC!