Sunday, December 27, 2009

Sedikit laporan

Ringkasan aktiviti sepanjang baki cuti sekolah yang ada...

Pada hari Khamis 171209 satu majlis doa selamat telah diadakan di Pejabat Jualan Corallite. Sdr Jeff dan isterinya Puan Jamilah merupakan agen negeri Perak bagi jualan produk air kesihatan Corralite. Kelab mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka dan kelab berasa bangga dan gembira dengan pencapaian mereka. Pihak kelab sentiasa menyokong segala usaha baik anda.

Pada hari Sabtu dan Ahad pula saya telah bercuti bersama keluarga ke Kuala Lumpur sambil menghadiri mesyuarat bekas guru-guru pelatih Maktab Perguruan Lembah Pantai.

Pada hari Ahad 201209 penunggang-penunggang Jaguh TERC telah berpeluang menyertai program ride Cub Prix pusingan akhir Pulau Pinang. (Rujuk berita sebelum ini)

Sebahagian lagi ahli yang tak dapat ke Pulau Pinang telah menyumbangkan tenaga untuk konvoy pengantin anak Sdr Azmi dari SSL Traders Hotel ke Kompleks Rakan Muda Kamunting. Ride ini diketuai oleh abang Din Boxing.

Pada hari Isnin 211209 pula ahli-ahli TERC telah meraikan kepulangan abang Din Silat dari menunaikan fardu haji. Teruja juga dengar pengalaman abang Din.

Kerja-kerja pengubahsuaian pejabat Kelab telah dimulakan pada hari Selasa 221209. (Lihat gambar) Kerja-kerja tersebut telah diserahkan kepada PakYa Kecik. Setakat ini ruang belakang kedai Kelab diperbesarkan untuk lebih selesa. Pengubahsuaian seterusnya ialah memasang awning dan dinding tambahan di ruang belakang. InsyaAllah perkembangan proses renovation pejabat ini akan dilaporkan dari semasa ke semasa.

Pada hari Jumaat 251209 jam 9.00 malam telah diadakan jamuan di rumah Yesu sempena perayaan hari Natal. Ramai juga yang hadir, maklumlah sdr Yesu sahaja sahabat kita dari kalangan bukan Melayu yang masih aktif. Mana nak cari orang macam sdr Yesu kita ni...

Selepas makan di rumah Yesu kami lepak di restoran A Rahman. Turut hadir malam itu ialah Ahli Kehormat kita, Tuan Aziz Khan, Pengarah Penjara Sandakan. Tuan Aziz sedang dalam cuti dan akan kembali ke Sandakan pada hari Sabtu. Banyak yang dibualkan malam itu. Best dapat jumpa Tuan Aziz sebab banyak pengetahuan yang dapat ditimba daripada pengalaman beliau. Paling menarik malam itu ialah maklumat tentang sistem parol yang telah dilaksanakan bermula Julai tahun ini. Harap-harap Tuan Aziz cepat-cepat posting balik ke Semenanjung.

Pada hari Sabtu 261209 pula diadakan konvoy kenduri kahwin adik kepada isteri Mat Makki di Selinsing. Konvoy bergerak membawa pengantin dari Tol Gunung Semanggul menuju ke Selinsing pada pukul 1.00 tengah hari. Tak sangka dalam sibuk-sibuk kenduri di sana-sini masih terdapat 22 riders yang menjayakan program.

Malamnya ada program ride ke Kuala Kangsar sambil menonton ghazal party dan pelawak Maidin membuat persembahan di Arena Square. Malangnya hajat kami tak sampai sebab motor salah seorang member kita putus rantai pula di pertengahan jalan.

Begitulah serba sedikit program sepanjang minggu...

“Idup TERC”, begitulah salah seorang member kita hantar sms kepada saya.... he, he… TERC hidup atas komitmen anda ahli-ahli yang setia… Kalau anda tak setia kepada Kelab macam mana nak hidup, betul tak? Sama-samalah kita berdoa semoga Kelab terus berjaya – kita harungi suka duka bersama walaupun banyak onak dan duri terpaksa ditempuhi... Benar, hidup TERC!

2 comments:

The said...

Terima kasih atas kerjasama semua ahli TERC yg sudi hadir berkonvoi bersama pengantin adik saya dr Tol Bkt Merah ke Selinsing pd 26 Dis 09. Kehadiran anda semua menjadi perhatian ramai..org kampung seronok mcm2 jenis moto ada...Hidup TERC...

Anonymous said...

Alhamdullillah..saya dan keluarga dah selamat sampai di sandakan...seronok dapat berjumpa geng2 TERC semasa di taiping...harap hubungan yang sedia ada dpt terus mantap dan berpanjangan....Drpd: AzizKhan (Sandakan)