Thursday, December 17, 2009

Tabong Darah Kritikal

Saya mendapat pesanan ringkas daripada Tabong Darah Hospital Taiping memberitahu stok simpanan darah mereka yang semakin berkurangan. Sehubungan tu mereka minta jasa baik kita untuk menderma darah dengan segera. Memandangkan kempen derma darah kita ”Setitis Darah Merdeka” telah berlalu tiga bulan, saya rasa inilah masa yang sesuai untuk semua penderma menderma semula.

Saya telah menghubungi semua ahli yang layak untuk menderma supaya berbuat demikian. Untuk hari ini, Khamis 171209 seramai tiga orang telah bergegas ke Tabong Darah untuk menderma. Ketiga-tiga mereka ialah saya sendiri, Sdr Safri dan Sdr Mawardi. Terima kasih kepada Sdr Safri yang merupakan penderma baru. Terima kasih juga kepada Sdr Mawardi yang datang dari Batu Kurau semata-mata untuk menderma darah. Saya dengar ramai lagi yang hendak menderma tetapi tidak dapat hari ini kerana pelbagai sebab. Antaranya Sdr Jeff ada mesyuarat, Sdr Li Badang out station, Sdr Sayed, Murat dll masing-masing kerja.

Kepada yang ingin menderma darah anda boleh terus menderma pada bila-bila mengikut masa yang sesuai. Saya dimaklumkan kempen derma darah ada dijalankan dalam masa terdekat, iaitu Jumaat 181209 di Dewan Orang Ramai Batu Dua Setengah, Sabtu 191209 di Kompleks Rakan Muda, Kamunting dan Ahad 201209 di Parit Buntar. Hari-hari lain anda boleh terus ke Tabong Darah Hospital Taiping....

Selamat menderma.....

No comments: