Monday, August 3, 2009

Jadikan iktibar

Semalam seramai 15 ahli TERC telah berkonvoy ke Kampung Gelok, Lenggong untuk menziarahi keluarga arwah Shahriman. Rombongan tiba di rumah ibu arwah pada kira-kira pukul 3 petang. Perasaan sayu dan hiba menyelubungi ahli-ahli rombongan melihatkan anak-anak yang masih kecil ditinggalkan bapa yang pergi buat selama-lamanya. Arwah meninggalkan seorang isteri yang sedang sarat mengandung serta tiga orang anak lelaki.

Begitulah perginya seorang teman yeng menghadap penciptanya pada usia yang sangat muda, baru 37 tahun.

Kita yang masih bernafas ini patut menjadikan ini sebagai satu iktibar, bahawa kita hidup di dunia ini terlalu singkat. Sampai masa semuanya akan kita tinggalkan buat selama-lamanya. Selama hidup inilah kita kena berbakti dan berbuat baik. Sebab itulah kita berkelab dan berpersatuan supaya kita ramai kenalan dan boleh hidup bermasyarakat. Takkanlah kerana perkara kecil kita nak bermusuh dengan orang. Fikir-fikirkanlah..

No comments: