Monday, April 20, 2009

Prog Mei dan Jun 2009

Kalau tidak ada aral melintang, insyaAllah Kelab akan mengadakan dua program besar pada bulan Mei dan Jun nanti.
16 Mei 2009, hari Sabtu kita akan adakan kursus asas komputer dan internet. Kursus ini ditujukan kepada semua ahli yang berminat tidak kira dia ada pengetahuan asas atau pun tidak. Kepada mereka yang telah tahu serba sedikit tentang komputer kursus akan lebih menjurus kepada pengurusan laman web dan blog.

13 dan 14 Jun 2009 (Sabtu dan Ahad) kita akan adakan ride ke Kuala Lumpur untuk memeriahkan pameran motosikal di Stadium Bukit Jalil. Pihak penganjur akan cuba mendapatkan penaja untuk makan dan penginapan. Sementara itu ahli-ahli perlu bersedia fizikal, mental dan kewangan daripada sekarang untuk menyertai program tersebut. Untuk sebarang pertanyaan bolehlah hubungi AJK TERC dari semasa ke semasa.

Itu dulu buat setakat ini. Saya perlukan komen-komen membina daripada kengkawan..

3 comments:

sandalkoyak said...

bang....
tunjuk la same gambo xpdc sebelum ni.
cite je x best...nak gak tngk gambo.

org kg jambu cam saya nak join blh.tapi motor kecik je 250

pcbahar said...

tentang gambar tu insyaAllah akan diusahakan.. Laptop saya baru-baru ni kena kebas, habis semua gambar pun turut lesap..

nak join Kelab ni tak perlu motor besar.. Bro Matcomot tu dah kira besar la 250cc.. Ada member cuma Comel 150cc saja.. Saya pula hanya Harley Malaysia yang 175cc tu.. Meh la join kita meriahkan dunia permotoran tanah air..

Anonymous said...

teman nak join gie KL..
dalam tempoh terdekat ada kenkawan kita akan buka kedai bandle kat railway Taiping...
memalam bolehlah kita lepak2 kat sana pulak....jef