Ada la enam orang member TERC yang ke Loken Walk pagi Ahad tadi… teman sendiri, Ee, Duan Selama, Rahman, Rahim Chef dan Cikgu Megat… Selepas merayau-rayau di Loken, terus pergi repair motor di Jalan Pasir Puteh. Pemilik kedainya juga merupakan mekanik dan biker yang friendly, kira boleh la datang lagi… Kamera teman meragam pula, tak tahu di mana silapnya, gambar jadi watermark.. Tapi balik rumah elok pulak… Teman beli majalah lama jer… Yang bestnya ride kali ni segala pergerakan macam diatur-atur.. Sampai sahaja di Loken dah tersedia tempat parking cukup-cukup untuk enam biji motor.. Pergi pula cari kedai repair motor elok pulak ada buka sebab owner dia nak siapkan Suzuki 750nya nak ride ke Hattyai Bike Week hujung bulan ni.. Abg Rahim Chef dapat pula beli ekzos VN500 yang diidam-idamkannya dengan harga sangat murah… Waduh-waduh, best betul bila Abg Rahim belanja kita orang pekena nasi kandar di Salem Restoran… Terima kasih banyak..
Sunday, July 25, 2010
Loken Walk Ipoh
Tuesday, July 13, 2010
July Bike Gathering
Banyak juga program bike gathering bulan Julai ni.. Antaranya:
Sabtu 10 Julai 2010 - Majlis Ramah Mesra Bikers dengan Anak-anak Istimewa dari Sekolah Pendidikan Khas Sungai Petani, Kedah. Majlis diadakan di Restoran Nur Zetty Paksu Majid di Changkat Jering (gambar di bawah). Ramainya bikers yang hadir hari itu saya anggarkan lebih dua ratus motor.. Majlis dirasmikan oleh YB Kapten (B) Osman Jailu, ADUN Changkat Jering.
Sabtu 10 Julai 2010 - Majlis Ramah Mesra Bikers dengan Anak-anak Istimewa dari Sekolah Pendidikan Khas Sungai Petani, Kedah. Majlis diadakan di Restoran Nur Zetty Paksu Majid di Changkat Jering (gambar di bawah). Ramainya bikers yang hadir hari itu saya anggarkan lebih dua ratus motor.. Majlis dirasmikan oleh YB Kapten (B) Osman Jailu, ADUN Changkat Jering.
Pada hari Ahad 18 julai 2010 ada jemputan makan kenduri adik Abg Zaini ahli Larut Bikers Club di Bagan Serai. Berkumpul di Petronas Kamunting jam 11.00 pagi. Jum kita, dapat juga panas-panaskan enjin.
Pada hari sabtu 24 Julai 2010 DONT FORGET OUR "2ND LOVE RIDE NOT WAR PARTY" ON THE 24TH JULY 2010. HOPE TO SEE YOU AT RED GARAGE KL BRADA N SISTAZZ... Maklumat lanjut di http://www.facebook.com/redgaragemalaysia. Kalau takde aral nak juga pergi...
Seterusnya Sabtu 31 Julai 2010 ada tiga acara...
1. Pameran dan pertandingan motor di Uptown Taiping. Hubungi Din Boxing 014-2529034
2. Jom makan durian Batu Kurau. Hubungi PakYa Misai 013-4497538
3. Hatyai Bike Week. Nak konvoy hubungi Paksu Majid 013-5152678
Seterusnya Sabtu 31 Julai 2010 ada tiga acara...
1. Pameran dan pertandingan motor di Uptown Taiping. Hubungi Din Boxing 014-2529034
2. Jom makan durian Batu Kurau. Hubungi PakYa Misai 013-4497538
3. Hatyai Bike Week. Nak konvoy hubungi Paksu Majid 013-5152678
Friday, July 9, 2010
Berkawan biar ramai
Selama ini kengkawan tahu kan yang kita guna khidmat sms percuma melalui internet. Perkhidmatan tersebut disediakan oleh Mediawire yang berpusat di Australia (kalau tak silap).. Tapi entah macam mana akaun TERC telah digantung kononnya kita ni melanggar kontrak perjanjian.. Puas juga la teman merayu mohon dibenarkan semula. Berterabur guna bahasa omputih... Entah dia faham ke tidak, entah la.. he he...
Tapi tadi teman terima mesej berikut... Apa lagi melebar ajer la senyum teman sampai ke telinga...
Mediawire Help Desk, Jul 09 17:40 (EST):
Hi TERC,
Thanks for alerting me to the status of your club and I have checked your log file and I can see that you have a legitimate claim.
I have just checked your sent log and can see that you are using it as a club advisory function.
I have just restored the status of your account .. and in return you can give me a spin on one of your bikes when I am next in Malaysia.
I used to also belong to a bike club in my University days ... many years ago!
Cheers Alistair

Terima kasih bebanyak la Mr Alistair.. Nanti kalau datang Malaysia jangan lupa hello-hello..
Tu la teman kata... Berkawan biar ramai, tak rugi punya...
Wednesday, July 7, 2010
Layan keta jap...
Orang rumah teman komplen Accord dia kurang sedap sejak akhir-akhir ni... Ye la, sejak main motor ni dah takde masa nak belek-belek keta dia... Takpe la, teman time out dulu untuk layan keta jap...
Okay la, teman nak layan keta ni kejap.. Nak servis enjin, tukar oil seal, grind valve, tukar gasket, dan lain-lain... Buat sendiri jer.. So mungkin program hujung minggu ni teman tak dapat ikut...
Subscribe to:
Posts (Atom)