Wednesday, March 25, 2009

Masalah valve Jaguh

Ada satu masalah Jaguh yang masih menjadi tanda tanya saya, iaitu valve yang suka patah Setakat ini diketahui tiga ahli kita yang telah mengalami masalah ini, iaitu Sdr Jaffery, Sdr Zaharim dan Sdr Nizam Sungai Kerang.
Ketiga-tiga kes ini pada asalnya berpunca daripada masalah minyak pelincir. Motor Jeff kekeringan minyak enjin semasa perjalanan dari Gurun balik ke Taiping, berlaku di Juru kira-kira 2 kilometer sebelum masuk tol. Mejar Zaharim pula kena semasa dalam perjalanan dari Taiping ke tempat kerjanya di Ipoh, sangkut di Lebuhraya selepas tol Kuala Kangsar. Sdr Nizam pula kena di Lebuhraya menghala ke Pulau Pinang kira-kira 2 kilometer lagi ke Hentian Gunung Semanggul, Bukit Merah.
Walaupun kejadian berpunca daripada minyak hitam, kejadian sama masih berlaku pada motor Jeff dan motor Mejar Zaharim. Mereka berdua ni dah tiga kali kena. Risau juga bila kejadian begini berlaku, bukan sahaja menghabiskan duit untuk repair, yang lebih menakutkan ialah motor tak dapat kontrol kalau berlaku semasa kelajuan tinggi.
Pihak jurutera Modenas dan Kawasaki sepatutnya dapat mengatasi masalah ini. Mungkin keluarkan valve yang lebih tahan…
Nantilah kalau ada masa saya updatekan gambar valve dan piston yang pecah tu

Friday, March 20, 2009

Jawatankuasa TERC 2009_2011

Kalau diluluskan pindaan Perlembagaan maka senarai Jawatankuasa TERC berikut akan berfungsi untuk tempoh dua tahun; 2009-2011

Yang Di Pertua: Saudara Baharuddin bin Hashim
Timbalan YDP: Sdr Zainol@Zainal bin Jaafar (PakSu Non)
Setiausaha: Sdr Ahmad Parmy bin Zamri
Penolong Setiausaha: Sdr Kamarudzaman bin Ahmad Mian
Bendahari: Sdr Asmadi bin Awang Leh
Pegawai Penerangan: PakTeh Mohd Zaini bin Ismail
Lima orang Ahli Jawatan Kuasa:
i. Sdr Mohd Makki bin Sidek
ii. Sdr Murat bin Mat Sahid
iii. Sdr Abdul Rahim bin Abu Johan
iv. Sdr Abdul Rahman Ahmad Noor
v. Sdr Kamarudin bin Ayub

Untuk Pemeriksa Kira-kira masih dikekalkan Tuan Haji Omar Ahmad dan Sdr Noh Ismail.

Kami barisan AJK mengalu-alukan pandangan, teguran dan apa-apa komen yang membina dan berguna. TERC bukan badan politik dan tidak cenderung kepada mana-mana fahaman politik. Kami sebuah badan NGO. Kalau kami rapat dengan mana-mana ahli politik itu bukan bermakna kami boleh dicop dengan apa-apa fahaman yang jumud.

Kepada ahli-ahli yang masih setia dan tidak jemu dengan kelab ini, saya amat mengalu-alukan anda semua.. InsyaAllah kita akan terus majukan kelab dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah..

Thursday, January 22, 2009

Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 3

Sukacita dimaklumkan bahawa Taiping Easy Riders Club (TERC) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ketiga pada masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 1 Februari 2009
Hari: Ahad
Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan Sekolah Agama Rakyat Fathul Ariff,
Jalan Rambutan, Kampung Jambu, Taiping
(Bersebelahan masjid Kampung Jambu, Taiping)
Dirasmikan oleh YB Datuk Haji Rosli bin Husin, ADUN Trong

Sehubungan dengan itu ahli-ahli TERC dengan ini adalah dijemput untuk menghadirkan diri.

Sekiranya ada sebarang usul atau cadangan sila kemukakan secara bertulis kepada setiausaha seminggu sebelum tarikh mesyuarat.

Saturday, January 10, 2009

Siapakah bakal Penaung Kelab?

Kelab dijangka akan mengadakan mesyuarat agung tahunan kali ke-3 pada 1 Februari 2009. Mesyuarat agung itu nanti bakal menyaksikan perubahan barisan kepemimpinannya daripada YDP sehinggalah Pemeriksa kira-kiranya. Turut ditentukan nanti ialah siapakah yang bakal menjadi Penaung Kelab. Kita berharap kali ini kita akan mendapat seorang Penaung yang boleh memberi imej yang baik kepada Kelab. Selepas ini Kelab diharap dapat bergiat lebih aktif dan memeri banyak faedah kepada ahli-ahlinya

Monday, December 22, 2008

Ride ke Melaka dan Kuala Lumpur

Ini adalah extract mesyuarat khas AJK baru-baru ini.. Harap ahli-ahli mendapat makluman dan tiada pertikaian.. Apa-apa pertanyaan hubungi saya atau mana-mana AJK..

... PakTeh Zaini menerangkan secara terperinci berkenaan syarat penajaan yang dikemukakan kepada Kelab. Penajaan penginapan di D’Village Air Kroh, makan malam dan sarapan di Melaka ditaja oleh Artac Holding Sdn Bhd yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Zakaria Sulaiman. Mesyuarat hari ini boleh menerima atau menolak penajaan bersyarat tersebut. Tentang program ke Kuala Lumpur pula PakTeh Zaini sedang berusaha untuk mendapatkan penajaan daripada Dato Wira Syed Ali Al Habshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras untuk makan malam dan penginapan. Jika penginapan tidak ada kita akan cuba dapatkan dorm di Sungai Besi.

Wednesday, November 19, 2008

Teruskan bermotor

Tempoh hujung tahun macam ni saya selalunya sangat sibuk menguruskan peperiksaan SPM sambil menyiapkan kerja-kerja sekolah yang perlu dibereskan sebelum berakhir sessi persekolahan. Namun demikian saya berharap kawan-kawan teruskan aktiviti bermotor seperti biasa. Siapa yang dapat silakan, yang tak dapat insyaAllah akan menyertai apabila berpeluang nanti.
Kita juga dimaklumkan Presiden Kelab kita telah melanjutkan pelajarannya di Institut Perguruan Darul Aman bermula 17 November 2008. Kita ucapkan selamat belajar kepada beliau. Beliau juga memberikan harapan yang sama agar semasa ketiadaan beliau Kelab akan teruskan aktiviti seperti biasa.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan sebarang cadangan atau komen yang membina untuk kelab. Semoga Kelab kita menjadi medan beraktiviti yang sihat pada setiap masa.

Sunday, November 2, 2008

Memoir seorang sahabat

Seorang ahli Kelab, Zainol Bin Yaacob telah kembali ke rahmatullah pada 1 November 2008 d rumah isterinya di Kelantan. Pemergiannya sangat mengejutkan kerana baru minggu lepas Allahyarham bersama-sama dalam majlis sambutan Hari Raya di Kedai Kelab. Allahyarham adalah seorang yang sangat sederhana dalam penampilan tetapi merupakan antara ahli yang bergiat aktif sekiranya berpeluang. Beliau bertugas sebagai pengawal keselamatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Taiping setelah bersara daripada angkatan tentera beberapa tahun lalu. Beliau ditukarkan dari LHDN Kelantan ke cawangan Taiping pada awal tahun 2008. Sebaik ditukarkan beliau terus menjadi ahli Kelab TERC. Sebaik menjadi ahli Kelab, beliau menjemput rakan-rakan dari Windstar Kelantan berkunjung ke Taiping.
Kelab merasa satu kehilangan yang besar dengan pemergian Allahyarham... Semoga ronya dicucuri rahmat..