Tuesday, August 26, 2008

Laporan Program Setitis Darah Merdeka

Laporan Ringkas Majlis “Setitis Darah Merdeka” Kempen Derma Darah 2008

Tarikh: 17 Ogos 2008.
Hari: Ahad.
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Tempat: Kedai Kelab di No. 10, Lot Niaga Sri Kota, Taiping.

Turut hadir: YB Yew Tian Hoe, Ahli Dewan Undangan Negeri Aulong.

Senarai Penyumbang: YB Yew Tian Hoe sebanyak RM500 untuk makan.
YB Kapt (B) Mohd Osman Jailu RM1000 untuk t-shirt.

Bilangan ahli hadir 23 orang, Bilangan ahli yang menderma: 8 orang.
Senarai ahli TERC yang menderma darah:

Sdr Man Z
Pak Awang (Saad Ismail)
Sdr Abdul Rahim
Tuan Sayed Isa
Sdr Baharuddin
Sdr Amil Hamzah
Sdr Kamarudzaman Ahmad Mian
Sdr Aznan Md Tahir

Bilangan khemah : 2 buah
Bilangan meja: 6
Bilangan kerusi: 30
(Terima kasih kepada Sdr Kamarudzaman Ahmad Mian yang telah meminjamkan khemah, meja dan kerusi dari kem)

Bilangan penderma: 23 orang (8 dari TERC, 10 dari Pasukan 503 dan 5 awam).
Bilangan pengunjung yang mendapat pemeriksaan kesihatan: 56 orang.

Lain-lain perkhidmatan:
Kaunter periksa mata
Kaunter Celcom

Cadangan pembaikan pada masa depan:
Persediaan perlu awal.
Perluaskan publisiti – hebahan yang meluas.
Perbanyakkan banner.
Perlu ada label dan papan tanda (khas untuk ahli, no parking, dsb).
Perlu ada flow chart untuk pemeriksaan kesihatan dan proses derma darah.
Perlu lebih banyak penyertaan dari badan kerajaan dan NGO, seperti AADK dan kelab-kelab lain.
Perlu uar-uarkan majlis ke media (akhbar, majalah, internet).
Perlu ada DJ.
Disyurkan untuk pemerikasaan kesihatan disediakan ala cek gula dan kolesterol dalam darah.

Catatan:
Gambar-gambar sekitar peristiwa semasa majlis tersebut boleh didapati di Kedai Kelab dan sebahagian lain ada pada Sdr Safri, PakSu Non dan Sdr Makki.

Sekian laporan ringkas Setiausaha.

Friday, August 8, 2008

Program Jom Makan Durian@ The Great Durian Festival 2008
Lokasi : Bukit Gantang, Perak
Tarikh : Jumaat: 8/8/2008 - Sabtu: 9/8/2008
Masa : mulai 10.00 pagi
Anjuran : Majlis Tindakan Pelancongan Malaysia dan Tourism Malaysia
Perasmi : Datuk Seri Azalina Datuk Othman Said (Menteri Perlancongan)
Sejarah : Telah dijalankan sejak 2006
Kos : PERCUMA ( 30,000 biji durian disediakan). Boleh makan seberapa banyak.
Nilai Tambah : Kuih-muih diperbuat dari durian. Juga percuma, makan ikut suka.
Sumber berita: Bernama

Walaupun program ini dekat saja dengan lokasi kelab, tapi kali ini saya tak galakkan ahli-ahli pergi.. Sebabnya pengunjung yang datang nampak sangat buruk perangai, macam tak pernah jumpa durian. Kerana ada dua tiga makhluk yang berperangai tak senonoh tu bukan sahaja memalukan penduduk setempat malahan negara juga turut malu.. dah orang jamu secara percuma makan aje la dengan sopan, tak payah la berebut-rebut, tak payah la bawa balik..
Kepada yang pergi nanti tengoklah gelagat manusia Melayu yang dikatakan berbudi tinggi macam mana perangai depa bila makan free..

Setitis Darah Merdeka


Taiping Easy Riders Club akan menganjurkan Kempen Derma Darah sambutan merdeka 2008 pada hari Ahad 17 Ogos 2008 mula jam 9.oo pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Pejabat Kelab yang terletak di Lot Niaga Taman Sri Kota, Taiping. Orang ramai dijemput hadir untuk menderma darah, membuat pemeriksaan kesihatan atau sekadar berkunjung untuk meramaikan. Kepada penderma insyaallah ada buah tangan untuk dibawa pulang. Kepada geng motor pula pada petang itu kita akan ride ke Eko Pelajaran dan Muzium yang terletak di Matang.

Thursday, July 24, 2008

Inflasi makin teruk, roda dua jadi pilihan

Kenaikan harga petrol 40% baru-baru ini telah memberi impak yang begitu ketara terhadap harga barangan seterusnya menyebabkan inflasi begitu meningkat. Inflasi telah meningkat 7.7%, angka terburuk selama 27 tahun kebelakangan. Kos pengangkutan juga dikatakan meningkat 20% walaupun pelbagai cara dilakukan untuk mengurangkan kesan sampingan kenaikan harga bahan bakar tersebut.
Selaku ahli Kelab kita patut bersyukur sekurang-kurangnya kita ada cara tersendiri mengurangkan beban kenaikan harga minyak dengan menggunakan kenderaan yang jimat minyak seperti motor-motor easy rider yang kita miliki. Memanglah tempias keperitan masih tetap dirasai, namun jika kita terus setia dengan khidmat kuda kita, insyaallah beban tersebut tidaklah seteruk mereka yang menggunakan jentera empat roda. Oleh itu kita suka mengambil kesempatan daripada keadaan yang gawat ini untuk terus menggalakkan masyarakat menggunakan jentera beroda dua untuk mengurangkan kos seterusnya membantu memulihkan ekonomi negara. Hidup easy riders…

Tuesday, July 1, 2008

Minyak mahal: Aktiviti diteruskan

Semenjak harga petrol naik 40% baru-baru ini sedikit sebanyak memberi kesan juga kepada aktiviti Kelab. Ini kerana kenaikan harga minyak bukan sahaja perit kepada pengguna kenderaan malahan juga melibatkan kenaikan kos sara hidup yang lain. Rata-rata ahli Kelab ini bukanlah dari kategori orang berada. Jadi kenaikan harga minyak telah membataskan kegiatan yang biasa dilakukan oleh ahli Kelab seperti makan di luar, ronda-ronda sesuka hati dan sebagainya. Bagaimanapun diharapkan masalah ini janganlah sampai melumpuhkan terus Kelab kita untuk terus maju tidak kira apa sahaja cabaran yang datang. Sesuai dengan slogan Kelab ini.. “Fuel? No problem…” tentunya tidak menggusarkan kita untuk beraktiviti Kelab.. Jadi, kepada ahli-ahli Kelab tunggulah aktiviti-aktiviti yang bakal mendatang menjelang sambutan hari Merdeka nanti..

Sunday, May 11, 2008

Diari 2008

25 April 2008 - menerima kunjungan Winstar Kelantan
3 Mei 2008 - Dinner sempena Festival motor klasik di Dewan Benquet Ipoh
24 Mei 2008 - Konvoy Pengantin Cikgu Rashid dari Homestay Kampung Jambu ke Taman Sri Kota.
25 Mei 2008 - Kenduri Abang Radzi Kuala - join dengan geng British Classic Ipoh..
30 Mei 2008 - Cadangan untuk berkunjung ke Kelantan belum dapat dilakukan.. Mungkin ditangguhkan sehingga hujung Jun ini atau awal Julai..
31 Mei 2008 - Kenduri abg Saad, Sungai Kerang, Trong
1 Jun 2008 - Kenduri Lokman, member Din Silat

Tuesday, April 22, 2008

AJK 2008/2009

Senarai Jawatankuasa TERC bagi penggal 2008/2009:
Yang DiPertua: Saudara Mukhter Rizam bin Ahmad.
Timbalan YDP: Sdr Abdul Rahim bin Abu Johan.
Setiausaha: Sdr Baharuddin bin Hashim.
Penolong Setiausaha: Sdr Ahmad Safri bin Abdul Karim.
Bendahari: Sdr Asmadi bin Awang Leh.
Pegawai Penerangan: PakTeh Zaini Ismail.
Lima orang Ahli Jawatan Kuasa:
i. Encik Zainol@Zainal Jaafar, Sg Tinggi, Trong
ii. Sdr Zamberi, Kuala Kangsar
iii. Sdr Azizul Mat Nayan, Simpang
iv. Sdr Aziz@Adam Ishak, Ulu Sepetang
v. Tn Haji Kamarulzzaman, Kamunting

Antara yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung tersebut ialah:
- hendak memilih seorang Penaung
- cipta logo Kelab baru
- mengurangkan yuran bulanan daripada RM5 kepada RM3
- memberi kuasa kepada YDP untuk mengeluarkan RM100 tanpa mesyuarat AJK mengikut keperluan
- membeli insuran berkelompok untuk ahli-ahli