Thursday, January 22, 2009

Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 3

Sukacita dimaklumkan bahawa Taiping Easy Riders Club (TERC) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ketiga pada masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 1 Februari 2009
Hari: Ahad
Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan Sekolah Agama Rakyat Fathul Ariff,
Jalan Rambutan, Kampung Jambu, Taiping
(Bersebelahan masjid Kampung Jambu, Taiping)
Dirasmikan oleh YB Datuk Haji Rosli bin Husin, ADUN Trong

Sehubungan dengan itu ahli-ahli TERC dengan ini adalah dijemput untuk menghadirkan diri.

Sekiranya ada sebarang usul atau cadangan sila kemukakan secara bertulis kepada setiausaha seminggu sebelum tarikh mesyuarat.

Saturday, January 10, 2009

Siapakah bakal Penaung Kelab?

Kelab dijangka akan mengadakan mesyuarat agung tahunan kali ke-3 pada 1 Februari 2009. Mesyuarat agung itu nanti bakal menyaksikan perubahan barisan kepemimpinannya daripada YDP sehinggalah Pemeriksa kira-kiranya. Turut ditentukan nanti ialah siapakah yang bakal menjadi Penaung Kelab. Kita berharap kali ini kita akan mendapat seorang Penaung yang boleh memberi imej yang baik kepada Kelab. Selepas ini Kelab diharap dapat bergiat lebih aktif dan memeri banyak faedah kepada ahli-ahlinya

Monday, December 22, 2008

Ride ke Melaka dan Kuala Lumpur

Ini adalah extract mesyuarat khas AJK baru-baru ini.. Harap ahli-ahli mendapat makluman dan tiada pertikaian.. Apa-apa pertanyaan hubungi saya atau mana-mana AJK..

... PakTeh Zaini menerangkan secara terperinci berkenaan syarat penajaan yang dikemukakan kepada Kelab. Penajaan penginapan di D’Village Air Kroh, makan malam dan sarapan di Melaka ditaja oleh Artac Holding Sdn Bhd yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Zakaria Sulaiman. Mesyuarat hari ini boleh menerima atau menolak penajaan bersyarat tersebut. Tentang program ke Kuala Lumpur pula PakTeh Zaini sedang berusaha untuk mendapatkan penajaan daripada Dato Wira Syed Ali Al Habshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras untuk makan malam dan penginapan. Jika penginapan tidak ada kita akan cuba dapatkan dorm di Sungai Besi.

Wednesday, November 19, 2008

Teruskan bermotor

Tempoh hujung tahun macam ni saya selalunya sangat sibuk menguruskan peperiksaan SPM sambil menyiapkan kerja-kerja sekolah yang perlu dibereskan sebelum berakhir sessi persekolahan. Namun demikian saya berharap kawan-kawan teruskan aktiviti bermotor seperti biasa. Siapa yang dapat silakan, yang tak dapat insyaAllah akan menyertai apabila berpeluang nanti.
Kita juga dimaklumkan Presiden Kelab kita telah melanjutkan pelajarannya di Institut Perguruan Darul Aman bermula 17 November 2008. Kita ucapkan selamat belajar kepada beliau. Beliau juga memberikan harapan yang sama agar semasa ketiadaan beliau Kelab akan teruskan aktiviti seperti biasa.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan sebarang cadangan atau komen yang membina untuk kelab. Semoga Kelab kita menjadi medan beraktiviti yang sihat pada setiap masa.

Sunday, November 2, 2008

Memoir seorang sahabat

Seorang ahli Kelab, Zainol Bin Yaacob telah kembali ke rahmatullah pada 1 November 2008 d rumah isterinya di Kelantan. Pemergiannya sangat mengejutkan kerana baru minggu lepas Allahyarham bersama-sama dalam majlis sambutan Hari Raya di Kedai Kelab. Allahyarham adalah seorang yang sangat sederhana dalam penampilan tetapi merupakan antara ahli yang bergiat aktif sekiranya berpeluang. Beliau bertugas sebagai pengawal keselamatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Taiping setelah bersara daripada angkatan tentera beberapa tahun lalu. Beliau ditukarkan dari LHDN Kelantan ke cawangan Taiping pada awal tahun 2008. Sebaik ditukarkan beliau terus menjadi ahli Kelab TERC. Sebaik menjadi ahli Kelab, beliau menjemput rakan-rakan dari Windstar Kelantan berkunjung ke Taiping.
Kelab merasa satu kehilangan yang besar dengan pemergian Allahyarham... Semoga ronya dicucuri rahmat..

Monday, October 20, 2008

Aktiviti penghujung tahun 2008

Sebagai mengakhiri tirai 2008 beberapa aktiviti akan diadakan, antaranya;
- Jamuan Hari Raya akan diadakan di Kedai Kelab pada hari Isnin, 27 Oktober 2008 jam 8 mlm
- Konvoy ke Cameron Highlands sehari pada 8 November 2008.
- Konvoy 3 hari 2 malam ke Kuala Lumpur - Melaka pada 13 hingga 15 Disember 2008.

Ahli-ahli dijemput memeriahkan majlis.. Standby...

Friday, September 5, 2008

Laporan Sambutan Merdeka

Pada malam 31 Ogos tempoh hari Kelab telah mengadakan sambutan hari Keluarga Kelab bersempena sambutan Malam Kemerdekaan ke 51..
Majlis dikatakan agak berjaya di mana ramai yang dapat hadir memeriahkan majlis termasuk rakan-rakan yang bukan ahli Kelab..
Pada malam itu juga diadakan persembahan karaoke tetapi kesilapan teknikal pada komputer menyebabkan tidak ramai yang dapat menyumbangkan suara..
Makanan pula boleh dikatakan cukup-cukup sahaja..
Insyaallah lain kali kita akan buat lebih grand lagi..